Monday, October 24, 2011

UPDATE BLOG

Assalamualaikum,

Salam sejahtera...





Ikan cencaru sumbat sambal: antara menu kegemaran saya.


SEBAGAI manusia, kita mempunyai minat. Kita suka buat apa yang kita minati. Contohnya seseorang yang suka menonton perlawanan bola sepak kerana minatnya, janga dihalang minatnya itu.


Bagi saya begitu juga. Minat saya kepada penulisan (termasuk menulis blog) adalah sesuatu yang saya lakukan secara minat. Bukan atas paksaan atau desakan sesiapa. Saya sudah menulis sejak Jun 2002, bahkan saya antara penulis blog generasi awal Malaysia.


Dahulu ada orang berkata kepada saya: "Ustaz ni, tak ada kerja ke... update blog sampai tiap-tiap hari? Pulak tu boleh tulis sampai panjang berjela-jela, " katanya.

Saya cuma menjawab: "Saya banyak kerja, tapi saya curi masa untuk buat perkara yang saya suka."


Sekarang ini orang bertanya pula: "Ustaz sibuk sangat ke sampai blog pun tak sempat nak update? Lepas tu kalau update pun tulis sikit-sikit je." Soalan yang tentunya bukan daripada orang yang sama.


Manusia ini banyak kategori. Ada yang suka melihat orang lain, ada yang sebaliknya. Ada orang yang suka mendorong, menyokong dan memberikan galakan. Ada pula yang lebih suka menjatuhkan dan tidak memberikan sokongan mahupun dorongan.


Misalnya saya menulis blog, ada orang suka saya menulis dan selalu update blog... walaupun kadang-kadang apa yang saya tulis tu adalah cerita peribadi yang tiada kena mengena dengan kehidupannya langsung. Tetapi dia tetap suka... bahkan ada yang mengatakan dia membesar dan menjadi dewasa dengan karya-karya dan penulisan saya.


Saya sendiri tidak sangka kalau sebenarnya apa yang saya tulis baik secara kreatif mahupun santai boleh memberikan sedikit kesan dalam kehidupan seseorang. Saya cuma berusaha menjadikan minat saya sesuatu yang berguna. Bukan semata-mata untuk diri, malah untuk keluarga, masyarakat dan umat seluruhnya.


Saya cuba untuk memanfaatkan penulisan sebagai medium dakwah dengan kadar kemampuan saya. Saya cuba untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain...insyaAllah.


Namun, dalam ketika saya hendak melakukan sesuatu yang saya impikan menjadi baik, ada juga pihak yang tidak suka. Pihak yang cuba untuk menghalang dan menyekat minat saya daripada menggunakan medium internet sebagai salah satu saluran dakwah yang berkesan.


InsyaAllah, Ya Allah tolonglah. Berilah daku kemampuan dan hidayah untuk melaksanakan tugas dakwah ini, amin.


Justeru, persoalan yang di awal-awal sama ada saya selalu atau jarang update blog... tolonglah jangan dikaitkan sama ada saya tidak ada kerja atau banyak kerja... kerana blog ini adalah minat saya. Saya lakukannya bukan atas paksaan sesiapa, hanya atas daya usaha dan minat sendiri dengan izin Allah SWT.


Mudah-mudahan... saya sedang merintis kembali jalan yang telah saya tebas dahulu menjadi lorong kecil dengan qudrat yang sedikit agar berubah menjadi sebuah lebuhraya dakwah yang lebih besar dan berkualiti.


Oleh itu, sokonglah usaha saya. Saya tidak mahu lagi ada pihak yang sedaya upaya menabur duri atas jalan yang sedang saya usahakan kembali ini. Allahu ma'ie. Saya berusaha untuk tidak menghiraukan sesiapa sahaja yang hendak mengacau minat saya ini.


Terima kasih kepada isteri saya yang tercinta (Pn. Althoharoh Ali) yang sentiasa menyokong saya. Bahkan dia sendiri sudah memiliki blog peribadi (http://raihanaonline.blogspot.com) dengan cara dan gayanya tersendiri.



*** Sebarang urusan ceramah atau kuliah sila hubungi saya di talian: 0195785596




Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.



Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

Monday, October 17, 2011

MENU ISTIMEWA 16 OKTOBER



Setiap tahun 16 Oktober ada sedikit menu istimewa. Pada tahun ini, masih menyambutnya di Restoran D'sa Penarak seperti tahun lepas.


Menu tahun ini:


1. Nasi Putih

2. Siakap masak 3 rasa (640g)

3. Sup Tulang

4. Telur dadar

5. Ulam timun/sambal belacan

6. Nasi goreng cina (untuk Naufal & Raihana)

7. Kek

8. Teh tarik
9. Milo Ais

10. Air suam


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.


Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail



Sunday, October 9, 2011

JADUAL KULIAH AGAMA PERIBADI EDISI OKTOBER 2011

JADUAL KULIAH AGAMA BULAN OKTOBER 2011

1. AHAD 2/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Masad) di Masjid Bukit Temin, Langkawi.

2. ISNIN 3/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.

3. SELASA 4/10/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah, Langkawi.

4. RABU 5/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi.

5. SABTU 8/10/2011: Kuliah Fardhu Ain (Tafaqquf Fiddin) (9.00-11.00 pg) TAFSIR JUZ 'AMMA di Masjid Alhana, Kuah, Langkawi.

6. AHAD 9/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (An-Nasr) di Masjid Bukit Temin, Langkawi.

7. ISNIN 10/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.

8. SELASA 11/10/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah, Langkawi.

9. RABU 12/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi.

10. AHAD 16/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Kafirun) di Masjid Bukit Temin/Makam Mahsuri, Langkawi.

11. ISNIN 17/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.

12. SELASA 18/10/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah, Langkawi.

13. RABU 19/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAU AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi.

14. SABTU 22/10/2011: Kuliah Fardhu Ain (Tafaqquh Fiddin) (9.00-11.00 pg) TAFSIR JUZ 'AMMA di Masjid Alhana, Kuah, Langkawi.

15. AHAD 23/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Kautsar & Fiqh Udhiyyah) di Masjid Bukit Temin/Makam Mahsuri, Langkawi.

16. ISNIN 24/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.

17. SELASA 25/10/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Langkawi.

18. RABU 26/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Langkawi.

19. AHAD 30/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Ma'un) di Masjid Kg Bukit Temin/Makam Mahsuri.

20. ISNIN 31/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail Al-Masrawi
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
HP: 019-5785596

* Bulan ini tiada jemputan ceramah. Jika ada jemputan ceramah pada tarikh yang kosong sila hubungi Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail di talian: 019-5785596. Wassalam.