Tuesday, April 10, 2012

CABARAN MEMAHAMI DAN MEMAHAMKAN ISLAM

Oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail

ISLAM adalah satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT. Ini terbukti jelas menerusi FirmanNya dalam surah A-li Imran 2:19 "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah adalah Islam..." Meskipun begitu, berapa ramai di kalangan umat Islam yang benar-benar memahami akan agama yang mereka anuti? Berapa ramai pula yang sesudah memahami agama Islam yang murni itu, mengamalkan ajaran-ajarannya dan menghayati dalam kehidupan sebagai seorang hamba kepada Allah Azza Wa Jalla.

Persoalan-persoalan seperti itu telah acap kali diulang soal dalam kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Akan tetapi, dilihat seolah-olah persoalan itu masih buntu dengan tiada penyelesaiannya. Ia, seakan-akan hanya berlegar dalam ruangan masjid dan surau tempat di mana kuliah atau ceramah diadakan... tanpa dibawa pulang oleh para hadirin. Akhirnya, ia tidak ke mana-mana. Kita hanya menganggap bahawa untuk mengamalkan Islam... tempatnya adalah di masjid dan surau sahaja. Sedangkan Islam adalah pada hakikatnya merupakan cara hidup yang syumul (sempurna).

Pada pendapat saya, mengapa Islam gagal diamalkan dengan sempurna adalah disebabkan oleh kegagalan umatnya untuk memahami Islam itu sendiri. Lagilah hendak menghayati.... memahami pun tidak!

Kegagalan untuk memahami Islam itu harus dilemparkan kepada siapa? Adakah kepada para ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang mengajar kuliah-kuliah agama dan berceramah kerana mereka sendiri gagal mengajar dan menyampaikan dengan baik sehingga ilmu yang disampaikan itu dapat difahami? Atau kepada orang-orang awam yang tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama... yang datang ke kuliah-kuliah agama bukan dengan tujuan sebenar hendak memahami agama. Atau lebih luas kepada sistem pendidikan kita yang lemah, guru-guru di sekolah, guru-guru kelas Pendidikan Islam KAFA? Atau siapa lagi...

Ternyata, jika hendak menudingkan jari amatlah mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukan hal tersebut. Tetapi, untuk meneliti dan mencari jalan keluar amatlah sukar. Calang-calang orang sahaja yang boleh.

Literalnya, itulah sunnah manusia akhir zaman. Terlalu ramai orang beragama Islam tetapi nilai Islamnya tidak seberapa kerana pemahamannya kepada agama Islam adalah sangat cetek. Saya tidak mengatakan persoalan-persoalan hukum-hukum cabang atau hukum-hukum yang hanya dapat ditaakul oleh para ulamak berautoriti, tetapi persoalan-persoalan asas yang dikenali sebagai Fardu Ain pun ada dalam kalangan umat Islam yang masih gagal. Lebih-lebih lagi persoalan ibadat kerana ianya adalah keutamaan yang tidak boleh dinafikan.

Apakah kita cukup untuk mengamalkan Islam sekadar ikut-ikutan daripada amalan-amalan yang dilakukan oleh orang lain atau orang-orang yang terdahulu daripada kita? Adakah cukup kita berwuduk, solat, berpuasa dan selainnya sekadar ilmu pengetahuan yang kita belajar semasa kita di bangku sekolah dahulu? Tidakkah terlintas untuk melakukan proses 'naik taraf' dalam memahami agama sendiri?

Islam ini bukan agama ikut-ikutan. Islam ini agama yang perlu difahami. Untuk memahaminya memerlukan kepada mempelajari. Tidak kiralah bagaimana cara proses pembelajaran berlaku tetapi apa yang penting adalah saluran ilmu itu datangnya daripada sumber yang betul berasaskan kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mengamalkan Fiqh Islami berteraskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.

Jelasnya, bukanlah mudah untuk memahami Islam. Namun, jalannya terbentang luas. Di rata-rata masjid dan surau ada majlis-majlis ilmu, ada kuliah agama, ada ceramah, forum, seminar dan kursus-kursus yang sentiasa berjalan. Persoalannya kehadiran ahli jemaah untuk menghidupkan majlis-majlis tersebut masih tidak boleh dibanggakan. Adakah masyarakat kita terlalu sibuk, siang dan malam sehingga tidak boleh meluangkan masa antara maghrib hingga isyak untuk belajar Fardu Ain? Atau sebenarnya belum bersedia untuk memahami Islam?

Saya tidak katakan hanya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu sudah mencukupi untuk memahami Islam. Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan. Misalnya dengan membudayakan membaca buku-buku agama.

Namun, sebenarnya masyarakat kita tidak terbudaya dengan budaya membaca, apatah lagi hendak membaca buku-buku agama! Oleh itu, jika kalau jalan-jalan seperti membaca amatlah sukar, carilah-majlis-majlis pengajian supaya kita boleh mendengar dan memahami terus secara langsung dengan guru-guru agama yang kita mahukan.

Bagi para pendakwah pula, cabarannya adalah sangat luas dan sentiasa tidak berpenghujung. Dalam memahami baik memahamkan Islam. Ini kerana, tidak dinafikan ada segelintir ustaz-ustaz yang sama ada sedar atau tidak sedar sebenarnya gagal memahami Islam sehingga mereka gagal untuk memahamkan kepada orang lain apa itu Islam. Namun, tidak dinafikan... tugas memahamkan Islam ini bukanlah tugas yang mudah. Ia adalah tugas yang sukar dan memerlukan amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakannya.

Oleh itu, dalam usaha memahamkan Islam kepada orang lain... jangan terlupa untuk memahami Islam untuk diri sendiri. Ilmu Islam amat luas, meliputi segala aspek. Oleh itu, saya berpesan kepada diri sendiri.... belajar, belajar dan teruslah belajar sehingga akhir hayat. Sama ada kamu ustaz atau kamu pelajar.... hendaklah kamu belajar! Wa Allahu a'lam.

NOTA: Untuk jemputan ceramah Israk Mikraj 1433H atau Forum, sila hubungi terus kepada saya: 0195785596 untuk menetapkan tarikh awal bagi mengelak pertembungan dengan program lain.

Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

Wednesday, April 4, 2012

JADUAL KULIAH EDISI APRIL 2012

JADUAL PERIBADI USTAZ AHMAD TARMIZI BIN ISMAIL

1. 1/4/12 (Ahad): KM Tafsir Surah Al-Syarhi di Masjid Bukit Temin, Langkawi.

2. 3/4/12 (Selasa): KM Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Surau Tmn. Desa Permata.

3. 4/4/12 (Rabu): KM Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong, Langkawi.

4. 8/4/12 (Ahad): KM Tafsir Surah Ad-Dhuha di Masjid Bukit Temin, Langkawi.

5. 10/4/12 (Selasa): KM Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Surau Tmn. Desa Permata.

6. 11/4/12 (Rabu): KM Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong, Langkawi.

7. 15/4/12 (Ahad): KM Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Bukit Temin.

8. 17/4/12 (Selasa): KM Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Surau Tmn. Desa Permata.

9. 18/4/12 (Rabu): KM Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong, Langkawi.

10. 22/4/12 (Ahad): KM Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong, Langkawi.

11. 24/4/12 (Selasa): KM Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Surau Taman Desa Permata.

12. 25/4/12 (Rabu): KM Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong, Langkawi.

13. 28/4/12 (Sabtu): Kuliah Fardu Ain (Tafaqquh Fiddin) "Cara Mudah Memahami Al-Quran" di Masjid Al-Hana, Kuah (9.00 pagi - 10.30 pagi).

14. 29/4/12 (Ahad): KM Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Bukit Temin, Langkawi.


UNTUK MAKLUMAN:

Tarikh-tarikh lain adalah kelapangan. Untuk jemputan ceramah sila hubungi saya sendiri di talian 019-5785596. Atas arahan doktor saya mengambil keputusan untuk mengurangkan kuliah malam saya dengan menggantikan kuliah maghrib Kitab FIQH SIRAH di Surau Kubang Badak kepada sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Salehuddin Bin Ahmad (SKKT) iaitu Setiap Isnin minggu ke-2 dan ke-4 di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi. Untuk Bulan APRIL 2012 belum ada undangan ceramah atau tazkirah lagi. Persetujuan selepas rundingan, insyaAllah.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
H/P: 019 5785596