Thursday, February 14, 2013

SALAM ULANG TAHUN KE 8 j-QAF KOHORT 2005




BEBERAPA tahun yang lalu, saya ada menulis dua buah artikel dalam blog ini di bawah tajuk BARU LIMA TAHUN dan BARU LIMA TAHUN (SIRI 2). Kedua-dua artikel itu hanyalah bicara santai dan luahan hati seorang guru j-QAF biasa seperti saya yang melalui tahun demi tahun menimba pengalaman sebagai seorang guru dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Saya tidak dapat bersabar ntuk menanti tahun ke 10 pelaksanaan j-QAF, oleh itu saya memilih untuk menulis pada tahun ini, pada ulangtahun ke-8 ATAU tahun ke 9 pelaksanaan j-QAF di sekolah-sekolah kohort 2005. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara yang akan saya sentuh dalam bicara santai pada kali ini.

Sudah banyak yang berubah. Dari bawah ke atas, juga dari atas ke bawah... segalanya dah banyak berubah.

1. Dulu Pegawai j-QAF JPN Kedah... Ustaz Dr. Hj. Rushdan Azizan (PHD), kemudian serah kepada Ustaz Musa Jayyid Mohamad, lepas tu kepada ustaz Hj. Abdul Somad Abdullah. Ustaz Rushdan khabarnya sekarang ni dah masuk Jemaah Nazir. Ustaz Musa dah tukar ke sekolah dan di SPI JPN Kedah yang masih memegang jawatan PPK j-QAF ialah ustaz Hj. Abdul Somad Abdullah yang dulunya Pegawai Khas j-QAF PPD Kubang Pasu. Tak kisahlah siapa pun pegawai... tetapi ramai kawan-kawan bersetuju bahawa kami merindukan zaman bersama Ustaz Rushdan Azizan yang sekarang ini memimpin KKGUMB Kedah. Pegawai di PPD Langkawi pun sudah bertukar orang, sekarang ini ialah Ustaz Mahmud Hassan.

2. Kawan-kawan Guru j-QAF sekohort yang ditakdirkan datang menabur bakti mendidik anak-anak Pulau Langkawi, sekarang ini cuma yang satu bacth dengan aku hanyalah Ustaz Johari (SKL), Ustaz Zulkifli (SKL), Ustazah Mazidah (SKPM), Ustazah Sabriah (SKKD) dan Ustazah Nor Azizah (SKSN). Lain-lain sudah tidak berada di Langkawi. Antara yang dah pindah Ustazah Yusnita SKSN ke SK Siputeh, Ustaz Aizul SKL ke SKSM, Ustaz Dhiyauddin SKK ke SKJ3, Ustaz Malik SKK ke SK?, Ustaz Bashir SKPM ke SKAH, Ustaz Nasir SKKD ke KUIN, Ustaz Mohd Rokhaimi SKKD ke SK Siputeh. Sapa lagi?

3. Kawan-kawan yang sezaman jadi JLU j-QAF dulu... dengar khabar2 angin dari kejauhan lah... Antaranya ialah Ustaz Amir Mohd Nason dah ke IPG Sultan Abdul Halim sebagai Pensyarah, Ustaz Mohd Hafni Halim sama juga tetapi ke IPG Darul Aman, Ustaz Mohd Nazri pun ke IPDA sebagai Pegawai Pengurusan, Ustaz Azizi pun jadi pensyarah juga tapi di Sarawak. Yang lain-lain pun ramai yang dah berubah, naik pangkat.... naik jawatan lain ubah itu ini. Saya dan kawan-kawan j-QAF lain masih ada dan setia tetapi tak janjilah sampai bila. Manalah tahu takdir masa depan masing-masing.

4. Ada kawan-kawan semakin bertambah maju dalam aspek pendidikan. Ustaz Akmal dan Ustaz Mohd Isa di PPD Kubang Pasu, tak kurang kawan-kawan lain yang dapat pelbagai anugerah daripada anugerah hari guru sampailah kepada anugerah APC dan Perkhidmatan berkualiti JPN.

5. Ada juga yang semakin bertambah maju dari pelbagai aspek selain pendidikan, ada yang dah beli rumah lebih daripada sebuah, ada yang beli kereta, MPV, SUV dan macam-macam... Ada yang berjaya secara sambilan sebagai usahawan, ada beli tanah, buat kebun, buat dusun, ada yang tambah cawangan baru... (hehehe), Ada yang bisnes kecil-kecilan nak tambah side income... dll.

6. Kawan-kawan yang berblog sama-sama suatu masa dulu... ramai yang sudah berhenti. Dunia blog semakin sepi. FACEBOOK semakin popular. Kalau nak tahu perkembangan mereka kenalah jengah WALL mereka. Inilah berubahnya masa.

7. Dengar-dengar cerita.... tahun ini cukuplah syarat untuk kita guru 2005 memohon ke GRED DG44. Tapi sendiri mahu ingatlah... prestasi sebelum-sebelum ini macamana? Harap-harapnya semuanya ok... Dalam duk terkira-kira pasal naik DG ni... elok kita pakat-pakat fikir sama sudah sempurnakah amanah dan tanggungjawab kita dalam dunia yang kita ceburi ini, Muhasabah... PnP lagu mana? Khatam al-Quran, Jawi, Tasmik, KBS, KLAQ, KBJ, KBA, KPJ dll... jangan jemu untuk berkerja kerana anggaplah kerja sebagai ibadah.

Baru tahun ke sembilan, banyak yang sudah berubah. Jauh lagi perjalanan kita...



Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel.

Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
019.578.5596