Thursday, January 9, 2014

Blog, Facebook & Whatsapp...

Dunia berubah dengan pantas. Dalam 10 tahun @ 1 dekad ini sahaja sudah menyaksikan pelbagai perubahan. Terutamanya, perubahan dalam mengakses maklumat menerusi saluran ICT @ TMK.

Malunya diri kalau masih tidak cakna dengan perubahan dunia. Ya, kita boleh saja terus hidup seperti sebelum 10 tahun yang lalu... seperti pada zaman milenium lama. Kita boleh terus berbangga dengan pencapaian pada zaman itu, tetapi kita akan terlihat ketinggalan amat jauh.

Justeru... saya memetik 3 kata kunci yang sangat tidak asing bagi kita iaitu BLOG, FACEBOOK dan WHATSAPP.

1. BLOG

Saya mula menulis blog pada pertengahan Jun 2002. Walaupun saya antara manusia terawal dalam kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di Al Azhar yang menulis blog dan menjadikan blog sebagai medium dakwah alternatif namun, saya bukanlah orang yang terus istiqomahq menulis. Menulis ada pasang surutnya.

Pada peringkat awal, saya sebenarnya mencari kepuasan menulis. Kepuasan menulis adalah apabila hasil tenunan penulis dibacq dan diterima dalam khalayak. Menulis bukan semata-mata untuk mencari glamour.... jauh sekali untuk mendapatkan keuntungan. Namunq, tidak saya nafikan menulis boleh mengundang populariti dan wang jika sudah diterima dalam kalangan khalayak.

Selain menulis catatan JALAN HIDUP sebagai jurnal peribadi, Blog yang saya hasilkan juga memaparkan ilmu, perbahasan ilmiah, karya kreatif dan pandangan sosial. Dengan menggunakan nama samaran PUJANGGA, AKHI MASRAWI, ALIFPUTERA, SYAMSUL BUKHARI, NUHAS, NAUFAL, IBNU ISMAIL dll saya menulis dengan berahi. Cerpen-CERPEN yang saya hasilkan di dunia maya kemudiannya dihantar ke penerbitan majalah dan akhbar dan alhamdulillah tersiar.

Dunia blog mengheret saya untuk memeriahkannya di kalangan para guru dan pegawai. Akhirnya saya diamanahkan untuk membina portal SPPIM, JPN Kedah oleh Tn. Dr. Hj. Rushdan Azizan yang pada waktu itu merupakan pegawai j-QAF di SPPIM. Selain itu, berbantukan Ustaz Rokhaimi kami membina E-JAZIRAH Online iaitu sebuah portal untuk download bahan-bahan j-QAF antara terawal sebelum tugas itu diambil alih oleh rakan-rakan dalam kalangan j-QAF lain.

Blog saya sendiri seperti yang sedia maklum, 1. JURNAL JALAN HIDUP http://www.geocities.com/pujangga1. 2. Akhi Masrawi Online di http://akhimasrawiq.blogdrive.com dan aktif sampai kini ialah... 3. BLOG AKHI MIZI di http://akhimizi.blogspot.com.

2. FACEBOOK

Saya bergelumang dengan dunia facebook seperti orang lain iaitu untuk menyambung hubungan dengan kawan-kawan dan kenalan yang terputus sejak selepas zaman universiti, sekolah dan masing-masing sibuk dengan keluarga pasca berkahwin.

Namun, facebook agak memualkan. Walaupun kita boleh berkongsi cerita dengan orang lain, ianya memerlukan kita berhati-hati kerana media sosial seperti facebook kadang-kadang tidak hanya membawa keseronokan bahkan bala dan musibah.

Berkongsi gambar dalam wall facebook perlu berhati-hati kerana dikhuatiri akan disalah guna oleh mereka yang tidak bertangggung jawab.

Saya lebih suka untuk mendapatkan maklumat dan pautan yang terkini di facebook, berbanding menggongsi cerita peribadi. Facebook juga medium dakwah akternatif yang boleh digunakan dengan sebaiknya.

3. WHATSAPP

Dari tidak tahu apa-apa sampailah kini kita hanya berbicara tentang smartphone dan tablet bila bersembang tentang handphone. Akses kepada maklumat semakin pantas. B3rhubung dengan kawan-kawan terasa lebih mudah, murah dan jimat.

Dunia whatsapp ini pun sudah semakin matang. Tunggulah sikit hari lagi.... whatsapp juga akan jadi antik sebagai mana mIRC menjadi kuno ketika Yahoo Messengger datang, Blog hilang fungsinya bila facebook mendominasi dan Whatsaap akan juga menjadi ketinggalan suatu ketika nanti.....

Masa itu, mungkin hari ini. Hari ketika anda membaca artikel ini.

Akhi Masrawi.
9.1.2014
Padang Matsirat, Langkawi.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)