Thursday, December 15, 2011

JADUAL KULIAH/ CERAMAH AGAMA EDISI DISEMBER 2011 (PERIBADI)

JADUAL PERIBADI:

1. 4/12/2011 (AHAD) - Kuliah Maghrib (TAFSIR SURAH AL-HUMAZAH) di Masjid Bukit Temin Batal

2. 5/12/2011 (ISNIN) - Kuliah Maghrib (FIQH SIRAH siri 12) di Surau Kubang Badak Batal

3.6/12/2011 (SELASA) Kuliah Maghrib (AKIDAH siri 14) di Surau Taman Desa Permata

4. 7/12/2011 (RABU) - Kuliah Maghrib (TAFSIR siri 11) di Masjid Padang Gaong

5. 11/12/2011 (AHAD) - Kuliah Maghrib (TAFSIR SURAH AL-HUMAZAH) di Masjid Bukit Temin

6. 12/12/2011 (ISNIN)- Kuliah Maghrib (FIQH SIRAH siri 12) di Surau Kubang Badak

7. 13/12/2011 (SELASA) Kuliah Maghrib (AKIDAH siri 15) di Surau Taman Desa Permata

8. 14/12/2011 (RABU) - Kuliah Maghrib (TAFSIR siri 12 PENUTUP) di Masjid Padang Gaong

9. 18/12/2011 (AHAD) - Kuliah Maghrib (TAFSIR SURAH AL-'ASR) di Masjid Bukit Temin

10. 19/12/2011 (ISNIN)- Kuliah Maghrib (FIQH SIRAH siri 13) di Surau Kubang Badak

11. 20/12/2011 (SELASA) Kuliah Maghrib (AKIDAH siri 16) di Surau Taman Desa Permata

12. 25/12/2011 (AHAD) - Kuliah Maghrib (TAFSIR SURAH AL-'ASR) di Masjid Bukit Temin

13. 27/12/2011 (SELASA) Forum Perdana Ma'al Hijrah di Masjid Lubuk Chempedak, Pulau Tuba bersama Ustaz Ahmad Hifzi Bin Abdul Rahim.

Tarikh lain adalah cuti. Kuliah bersambung mulai 8/1/2012.
Kelas Fardu Ain (Tafaqquh fiddin) Masjid Al-Hana bercuti sepanjang Disember 2011 kecuali pada 31/12/2011 ada ceramah oleh Ustaz Hj. Aminuddin Bin Hj. Abdul Rahim (Ahli Majlis Fatwa Kedah). Kelas bersambung pada 7/8/2011. Akan dimaklumkan kemudian.


Sekian.

Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
0195785596

Monday, November 7, 2011

JADUAL KULIAH/ CERAMAH AGAMA EDISI NOVEMBER 2011 (PERIBADI)

JADUAL PERIBADI

1. SELASA 1/11/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah (BATAL)

2. RABU 2/11/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka.

JUMAAT 4/11/2011: Baca Khutbah Jumaat di Masjid Bukit Temin.

3. KHAMIS 10/11/2011: Ceramah Agama (Isyak) HARTA DUNIA & BEKALAN AKHIRAT di Tanjung Rhu Resort untuk staf-staf MTDC.

4. AHAD 13/11/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Quraisy) di Masjid Bukit Temin.

5. ISNIN 14/11/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kubang Badak, Langkawi.

6. SELASA 15/11/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah

7. RABU 16/11/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka.

8. SABTU 19/11/2011: Kuliah Fardhu 'Ain (Tafaqquh Fiddin) (9.00-11.00 pagi) TAFSIR JUZ 'AMMA di Masjid Al-Hana, Kuah

9. AHAD 20/11/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Fil) di Masjid Bukit Temin.

10. ISNIN 21/11/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kubang Badak, Langkawi.

11. SELASA 22/11/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

12. RABU 23/11/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka.

13. AHAD 27/11/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Humazah) di Masjid Bukit Temin.

14. ISNIN 28/11/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kubang Badak, Langkawi.

15. SELASA 29/11/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

16. RABU 30/11/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka.

* Sebarang pindaan atau pembatalan Kuliah akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Untuk Jemputan ceramah sila hubungi: 019-5785596.

AL-FIKRU Wa TATBIQ

SALAM Juang Mustamir.

Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
https://www.facebook.com/#!/akhimizi

Monday, October 24, 2011

UPDATE BLOG

Assalamualaikum,

Salam sejahtera...





Ikan cencaru sumbat sambal: antara menu kegemaran saya.


SEBAGAI manusia, kita mempunyai minat. Kita suka buat apa yang kita minati. Contohnya seseorang yang suka menonton perlawanan bola sepak kerana minatnya, janga dihalang minatnya itu.


Bagi saya begitu juga. Minat saya kepada penulisan (termasuk menulis blog) adalah sesuatu yang saya lakukan secara minat. Bukan atas paksaan atau desakan sesiapa. Saya sudah menulis sejak Jun 2002, bahkan saya antara penulis blog generasi awal Malaysia.


Dahulu ada orang berkata kepada saya: "Ustaz ni, tak ada kerja ke... update blog sampai tiap-tiap hari? Pulak tu boleh tulis sampai panjang berjela-jela, " katanya.

Saya cuma menjawab: "Saya banyak kerja, tapi saya curi masa untuk buat perkara yang saya suka."


Sekarang ini orang bertanya pula: "Ustaz sibuk sangat ke sampai blog pun tak sempat nak update? Lepas tu kalau update pun tulis sikit-sikit je." Soalan yang tentunya bukan daripada orang yang sama.


Manusia ini banyak kategori. Ada yang suka melihat orang lain, ada yang sebaliknya. Ada orang yang suka mendorong, menyokong dan memberikan galakan. Ada pula yang lebih suka menjatuhkan dan tidak memberikan sokongan mahupun dorongan.


Misalnya saya menulis blog, ada orang suka saya menulis dan selalu update blog... walaupun kadang-kadang apa yang saya tulis tu adalah cerita peribadi yang tiada kena mengena dengan kehidupannya langsung. Tetapi dia tetap suka... bahkan ada yang mengatakan dia membesar dan menjadi dewasa dengan karya-karya dan penulisan saya.


Saya sendiri tidak sangka kalau sebenarnya apa yang saya tulis baik secara kreatif mahupun santai boleh memberikan sedikit kesan dalam kehidupan seseorang. Saya cuma berusaha menjadikan minat saya sesuatu yang berguna. Bukan semata-mata untuk diri, malah untuk keluarga, masyarakat dan umat seluruhnya.


Saya cuba untuk memanfaatkan penulisan sebagai medium dakwah dengan kadar kemampuan saya. Saya cuba untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain...insyaAllah.


Namun, dalam ketika saya hendak melakukan sesuatu yang saya impikan menjadi baik, ada juga pihak yang tidak suka. Pihak yang cuba untuk menghalang dan menyekat minat saya daripada menggunakan medium internet sebagai salah satu saluran dakwah yang berkesan.


InsyaAllah, Ya Allah tolonglah. Berilah daku kemampuan dan hidayah untuk melaksanakan tugas dakwah ini, amin.


Justeru, persoalan yang di awal-awal sama ada saya selalu atau jarang update blog... tolonglah jangan dikaitkan sama ada saya tidak ada kerja atau banyak kerja... kerana blog ini adalah minat saya. Saya lakukannya bukan atas paksaan sesiapa, hanya atas daya usaha dan minat sendiri dengan izin Allah SWT.


Mudah-mudahan... saya sedang merintis kembali jalan yang telah saya tebas dahulu menjadi lorong kecil dengan qudrat yang sedikit agar berubah menjadi sebuah lebuhraya dakwah yang lebih besar dan berkualiti.


Oleh itu, sokonglah usaha saya. Saya tidak mahu lagi ada pihak yang sedaya upaya menabur duri atas jalan yang sedang saya usahakan kembali ini. Allahu ma'ie. Saya berusaha untuk tidak menghiraukan sesiapa sahaja yang hendak mengacau minat saya ini.


Terima kasih kepada isteri saya yang tercinta (Pn. Althoharoh Ali) yang sentiasa menyokong saya. Bahkan dia sendiri sudah memiliki blog peribadi (http://raihanaonline.blogspot.com) dengan cara dan gayanya tersendiri.



*** Sebarang urusan ceramah atau kuliah sila hubungi saya di talian: 0195785596




Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.



Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

Monday, October 17, 2011

MENU ISTIMEWA 16 OKTOBER



Setiap tahun 16 Oktober ada sedikit menu istimewa. Pada tahun ini, masih menyambutnya di Restoran D'sa Penarak seperti tahun lepas.


Menu tahun ini:


1. Nasi Putih

2. Siakap masak 3 rasa (640g)

3. Sup Tulang

4. Telur dadar

5. Ulam timun/sambal belacan

6. Nasi goreng cina (untuk Naufal & Raihana)

7. Kek

8. Teh tarik
9. Milo Ais

10. Air suam


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.


Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail



Sunday, October 9, 2011

JADUAL KULIAH AGAMA PERIBADI EDISI OKTOBER 2011

JADUAL KULIAH AGAMA BULAN OKTOBER 2011

1. AHAD 2/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Masad) di Masjid Bukit Temin, Langkawi.

2. ISNIN 3/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.

3. SELASA 4/10/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah, Langkawi.

4. RABU 5/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi.

5. SABTU 8/10/2011: Kuliah Fardhu Ain (Tafaqquf Fiddin) (9.00-11.00 pg) TAFSIR JUZ 'AMMA di Masjid Alhana, Kuah, Langkawi.

6. AHAD 9/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (An-Nasr) di Masjid Bukit Temin, Langkawi.

7. ISNIN 10/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.

8. SELASA 11/10/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah, Langkawi.

9. RABU 12/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi.

10. AHAD 16/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Kafirun) di Masjid Bukit Temin/Makam Mahsuri, Langkawi.

11. ISNIN 17/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.

12. SELASA 18/10/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah, Langkawi.

13. RABU 19/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAU AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi.

14. SABTU 22/10/2011: Kuliah Fardhu Ain (Tafaqquh Fiddin) (9.00-11.00 pg) TAFSIR JUZ 'AMMA di Masjid Alhana, Kuah, Langkawi.

15. AHAD 23/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Kautsar & Fiqh Udhiyyah) di Masjid Bukit Temin/Makam Mahsuri, Langkawi.

16. ISNIN 24/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.

17. SELASA 25/10/2011: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Langkawi.

18. RABU 26/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR SURAH AL-FATIHAH di Masjid Padang Gaung, Langkawi.

19. AHAD 30/10/2011: Kuliah Maghrib TAFSIR AL-QURAN (Al-Ma'un) di Masjid Kg Bukit Temin/Makam Mahsuri.

20. ISNIN 31/10/2011: Kuliah Maghrib FIQH SIRAH di Surau Kg. Kubang Badak, Langkawi.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail Al-Masrawi
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
HP: 019-5785596

* Bulan ini tiada jemputan ceramah. Jika ada jemputan ceramah pada tarikh yang kosong sila hubungi Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail di talian: 019-5785596. Wassalam.

Tuesday, September 6, 2011

ZAMAN BERBLOG SUDAH BERLALU?

Assalamualaikum warahmatullah,

SETELAH sekian lama menyepikan diri dari dunia blog, akhirnya saya mengambil keputusan untuk kembali atau dalam istilah yang digunakan ialah "come back". Sebenarnya dunia blog adalah dunia saya sejak berada dalam pengajian di Universiti Al Azhar lagi. Sejak Jun 2002 saya sudah pun menulis di internet.

Saya masih ingat pada ketika itu, saya adalah antara blogger awal Malaysia. Bahkan antara yang terawal di kalangan pelajar Al Azhar. Ketika orang-orang lain sibuk dengan Mirc dan Yahoo Mesengger, saya sudahpun mempunyai blog sesawang yang aktif dan diikuti dan dibaca oleh pelayar internet di serata dunia.

Pada ketika itu, saya seperti orang lain... menjadikan blog sebagai dunia diari online untuk catatan kehidupan peribadi. Setelah beberapa waktu, penulisan blog semakin matang. Ia bukan hanya menjadi tempat longgokan cerita-cerita biasa sahaja bahkan ia telah menjadi sebuah medium yang mempunyai tema masing-masing.

Ada penulis yang berjinak dalam dunia blog menjadikan blog sebagai medium penulisan dan karyanya. Ada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah pula menjadikan blog sebagai medium dakwah. Ada kalangan cerdik pandai yang berjawatan dalam sektor awam menjadikan blog sebagai tempat menerbitkan hasil karya mereka sendiri dalam bentuk yang pelbagai antaranya sebagai komentar sosial.

Blog yang dulunya pada zaman saya mulai mengenali diari online lebih senang dipanggil sebagai jurnal online. Ketika itu saya masih ingat, kumpulan bloger Malaysia yang terawal dan berpengaruh ialah Geng Jernel. Saya sendiri pun tidak pasti adakah kumpulan itu masih wujud dan berpengaruh kerana saya sendiri tidak pernah menghadiri apa-apa perkumpulan yang dianjurkan. Tetapi ramai jugalah kawan-kawan maya saya ketika menjadi ahli kumpulan tersebut. Saya masih ingat antaranya ialah Mat Jan, Tok Rimau, Rudy Bluehikari, Fajar, Encik Khairul dan lain-lain. Mereka ini antara pejuang-pejuang awal dunia blogger di Malaysia. Kumpulan ini mempunyai entiti tersendiri dan juga mempunyai jawatankuasa dan pemilihan tahunan. Bergerak sangat aktif di Malaysia suatu ketika dahulu. Tetapi sekarang entahlah khabarnya.

Sejak Jun 2002 saya menulis secara online kerana kepuasan dan minat. Sokongan dan dorongan rakan-rakan blogger amat memuaskan. Sehinggalah saya pulang ke Malaysia, berkerja sementara dan mempunyai pekerjaan tetap sebagai guru saya masih meneruskan minat saya sebagai penulis blog. Namun, tidaklah serancak dahulu.

Nama-nama yang terkemudian muncul dalam dunia blogger dan mempunyai pengaruh tersendiri, tidak kiralah siapapun mereka sama ada ahli politik, ulamak, penulis, wartawan, guru, doktor dan sesiapa sahaja. Sehinggalah suatu hari saya mendapat suatu idea untuk menjadikan dunia blog sebagai salah satu dunia interaksi antara guru dengan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Pada ketika itulah saya mencerminkan idea saya kepada Tn. Hj. Mohd Rushdan Bin Azizan yang ketika itu adalah Pegawai j-QAF di SPPIM JPN Kedah. Ternyata, beliau berminat dan bersungguh-sungguh mempelajarinya. Suatu hari saya dipanggil ke JPN untuk memberi tunjuk cara kepada pegawai-pegawai di SPPIM (kini SPI) JPN Kedah. Hasilnya saya lihat ramai juga pegawai-pegawai di SPPIM JPN yang mempunyai blog masing-masing.

Dengan tanpa diduga... banyak pula setelah itu tumbuh blog-blog Panitia Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan j-QAF di serata pelusuk negeri khususnya dan di serata pelusuk negara pada masa yang sama. Ternyata sesuatu yang amat di luar jangkaan.

Ketika orang lain sibuk mengupdate dan mengubahsuai blog-blog mereka saya mengorak satu lagi langkah dengan mewujudkan Portal Download E-Jazirah Online. Saya kira ianya antara portal download peribadi antara terawal yang menyediakan bahan-bahan untuk kegunaan guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekolah kebangsaan khususnya guru-guru j-QAF.

Tidak lama setelah itu, dunia blog sudah tidak diminati lagi. Entah mengapa, saya pun tak tahu. Akhirnya semakin mati.

Untuk ia hidup semula, entahlah... tetapi saya akan terus berblog kerana ia adalah dunia saya.
Kawan-kawan yang lain.... kalau nak ikut jangan ikut orang tapi ikut diri sendiri.

Salam juang mustamir.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.


Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

Thursday, August 18, 2011

OGOS 2011: KEMBALI BERBLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua pembaca BLOG AKHIMIZI yang setia,

Saya akan kembali berblog. Untuk permulaan saya telah menukar design blog ini supaya memberikan suntikan semangat untuk berblog. Berblog kerana Allah SWT insyaAllah.

Nantikan update terkini.

Wassalam.

Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Akhi Mizi
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com

Sunday, January 30, 2011

TUGAS-TUGAS 2011 DI SKPM

SENARAI TUGAS 2011 DI SK PADANG MATSIRAT

PENGURUSAN & PENTADBIRAN:
1. AJK Lembaga Tatatertib
2. AJK Program 5 Bintang/ PKBQ

KURIKULUM:
1. AJK Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab
2. AJK Penilaian & Peperiksaan
3. AJK Jadual Waktu Induk
4. AJK Induk Pusat Sumber Sekolah
5. AJK Induk Makmal ICT
6. AJK Headcount

HAL EHWAL MURID (HEM):
1. AJK Induk HEM
2. Setiausaha Disiplin
3. AJK Kantin
4. AJK RIMUP
5. AJK Pencegahan Jenayah

KOKURIKULUM:
1. Guru Penasihat PBSM
2. Guru Penasihat Persatuan Bahasa Arab
3. Guru Penasihat Kelab Bola Sepak

MAJLIS SUKAN SEKOLAH:
1. Guru Penasihat Rumah Tuah (Merah)
2. Guru Latihan Badminton

Semoga aku dapat menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan cemerlang. Moga-moga Allah memberikan pertolongan dan kekuatan kepadaku, amin.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis. Akhi Mizimyakhimizi@yahoo.comhttp://akhimizi.blogspot.com/