Tuesday, November 11, 2008

NYIOR CABANG (POKOK KELAPA BATANG BERCABANG)

Oleh Akhi Mizi
PERNAHKAH anda datang ke Pulau Langkawi?
SubhanaAllah! Barangkali tidak ramai yang tahu ada satu nama tempat di Langkawi yang dinamakan sebagai Nyior Cabang. Ia sebuah kampung antara Kg. Ulu Melaka dan Pekan Padang Matsirat.
Saya tidak pasti sama ada benar-benar ada atau tidak ada pokok nyior cabang (kelapa yang batangnya bercabang) itu pada zaman dahulu sehingga ada kampung yang mengambil nmanya. Akan tetapi ternyata pada masa kini memang ada sepohon pokok kelapa yang seperti itu di Pulau Langkawi. Lokasinya juga tidak jauh dari Jetty Point, Langkawi.


Gambar 1: Pokok Nyior Cabang yang dimaksudkan ditanam dekat kawasan letak kereta berbayar Jetty Point, Kuah. Bagi pengungjung Pulau Langkawi ini, ketika hendak pulang baru perasan biasanya sebab jalan keluar dari jeti ke Pekan Kuah arah lain.



Gambar 2: Gambaran lebih jelas dari tempat letak kereta. Tepi jalan utama ke Jetty Point saja.


Gambar 3: Gambaran lebih jelas lagi batang pokok ini bercabang dua.

Saya masih mengumpul "7 perkara pelik tapi benar di Langkawi". Ini adalah 1 daripadanya. Ikuti lagi edisi ini akan datang.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Akhi Mizi
myakhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

4 comments:

jQAF_SKSM said...

assalamualaikum...
kampung nyor chabang terletak di antara kampung ulu melaka n padang matsirat buktinya pokok kelapa kan.. tapi kenapa yg ditemui nyor chabang d kuah??sejauh manakah kebenaran sejarah kampung nyior cabang tersebut?

Anonymous said...

salam mizi.
huhu.. biaq betoi pokok nyoq bercabang...

tak penah tengok gak tu..
Subhanallah la..

padia agak2 pasni benda pelik.. ombak dalam sungai pulak pa...

wmmy said...

Itu lah kekuasaan Allah yang tidak ada bandingannya. Kelebihan pokok kelapa bukan itu saja. Ingin tahu sila layari blog: http:///www.anavico.blogspot.com.

Sekian untuk pengetahuan semua.

Anonymous said...

Lovely tajam posting. Tidak pernah berpikir bahwa itu adalah ini mudah. Extolment untuk Anda!