Monday, October 12, 2009

BENARKAH GURU j-QAF MALU MENGAKU DIRI GURU j-QAF?

Oleh Akhi Mizi

TIDAK pernah saya fikirkan dengan begitu serius. Tetapi ada ketikanya terfikir juga di benak rasa persoalan ini. Benarkah Guru j-QAF malu mengaku diri Guru j-QAF?


Gambar hiasan: Kem Literasi Al-Quran Daerah Langkawi. Antara memori terindah saya sebagai guru j-QAF.

Bagi diri saya; tidak pernah rasa malu atau rendah diri untuk mengakui diri sebagai guru j-QAF. Cuma ada ketikanya saya memperkenalkan diri saya sebagai guru Bahasa Arab kerana memuliakan opsyen saya yang sebenar. Hakikatnya sama ada Guru yang mengajar Pendidikan Islam atau Bahasa Arab kedua-duanya adalah Guru j-QAF yang sama. Guru yang memikul amanah dan tanggungjawab yang sama. Guru yang berkhidmat untuk memperkasa Pendidikan Islam khususnya di Malaysia tercinta.


Terkejut saya bila baru-baru ini dalam Kursus Khas ada yang menyebut kononnya Guru j-QAF malu untuk mengaku diri Guru j-QAF? Kenapa perlu malu? Dirungkaikanlah beberapa sebab antaranya kerana Guru j-QAF ini mengajar di sekolah rendah, tidak setaraf dengan nilai ijazah yang diperolehi, ilmu tak berkembang kerana tiada cabaran.


Saya cuba menyelami diri sendiri. Saya sendikit pun tidak berasa malu menjadi Guru j-QAF.


Mungkin ada orang beranggapan malu. Malu; barangkali kerana guru j-QAF itu statusnya adalah guru yang mengajar subjek agama atau Pendidikan Islam di sekolah rendah. Mungkin juga malu kerana tiada berupaya untuk trampil dengan gaya pemakaian seorang ustaz atau ustazah. Persoalannya bagaimana rupanya trampil ustaz dan ustazah itu?


Di Malaysia, persepsi kebanyakan masyarakat kita adalah jumud. Orang agama, kalau ustaz mesti berkopiah sentiasa, berkemeja lengan panjang atau baju melayu cekak musang, atau bertelok belanga, berkain pelikat, berjubah, berserban dan berwatak slow dalam segala segi. Kalau ustaz tidak memakai kopiah, mungkin orang akan anggap itu bukan ustaz yang sebenar. Apakah situasi ini yang menghantui guru j-QAF?


Empat tahun berkelana di Mesir. Saya telah melihat rupa Islam diamalkan dengan cara yang terbuka. Bukan mencari talfiq semata-mata dengan mengambil qaul mudah sahaja, tetapi mengamalkan Islam dengan cara yang wasatiah. Di Mesir, kami pelajar Malaysia juga terkena tempias budaya dan persepsi orang Malaysia. Terutamanya golongan siswi, tetapi bukanlah seluruhnya. Ada yang beranggapan golongan tidak berkopiah ini sebagai kurang atau tidak thiqqah.


Hakikatnya apakah kita telah benar-benar memahami Islam? Mengapa disukarkan Islam yang sifatnya Yusr (mudah)? Mengapa dibekukan Islam yang sifatnya Murunah (fleksibel)? Mengapa disempitkan Islam yang sempitkan Islam itu sehingga menjadi kurang menarik kepada golongan yang boleh diseru kepada Islam.


Ustaz j-QAF atau Guru j-QAF adalah insan yang sama. Adakah berbeza? Guru dan Ustaz itulah pendidik, pengajar, muaddib dan mursyid yang memikul beban yang sama. Jika Ustaz itu tidak berkopiah, tidak berserban, tidak berjubah janganlah dianggap bahawa dia bukan ustaz. Dalam masa yang sama ustaz-ustaz yang tidak berkopiah, tidak berserban dan tidak berjubah itu pula janganlah malu untuk mengaku diri adalah Guru j-QAF.


Guru j-QAF inilah yang telah menukar rupa Guru Pendidikan Islam di sekolah dengan rupa yang baru. Kalaulah polemik GPI yang dulu-dulu dibincangkan semula dan Guru j-QAF itu pun tidak mampu menukar rupa GPI, kita sedang menuju kehancuran.


Ayuh, Guru j-QAF bangun dan berkatalah " saya adalah guru j-QAF, saya berjuang untuk Islam kerana Allah."



Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Akhi Mizi
myakhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

4 comments:

tice said...

Sebenarnya 'ISU' ni dah lama diperkatakan,namun inilah kali pertama ia dihighlightkan menerusi TULISAn..

Sepatutnya ia tak berlaku,tapi mungkin juga ia TERCETUS secara tak disengajakan melalui perbualan spontan sesama rakan-rakan..dan ia telah diungkapkan dengan begitu SERIUs oleh orang yang membuat pernyataan ini..

Biasalah manusia,selalu jer krang berpuas hati dengan kurniaan Allah..Malah pernah suatu ketika dulu,ketika j-QAF mula-mula diperkenalkan,ada golongan(dikalangan pendidik jugak)yang ENVY dengan KEISTIMEWAAN yang dikecapi oleh j-QAF..contoh period mengajar yang kurang,perkongsian sebuah kelas dengan beberapa trnaga pengjar dll..

Kalau dilihat dari sudut keposifiannya,memang lah wajar dilaksanakan begitu rupa agar penerapan ILMUs AGAMA lebih berkesan lagi dengan memfokuskan kpd kumpulan kecil..dan dilihat objektivenye boleh tercapai..

Mungkin yang MALU mengaku dirinya guru j-QAF tu adalah golongan yang menjadi guru j-QAF ni LAST CHOice dia...dan mungkin ada jugak kekawan lein/saundara-mara/kaum keluarga yang berkata begitu kepada mereka..cth..Apaler ..belajar tinggi-tinggi...sudahnya jadi guru sekolah rendah jer..Mungkin tercabar EGO so ada yang sanggup berbuat gitu(xmo ngaku jadi guru j-QAF)

padahal bagi yang memahami dan tahu betapa besarnyer ganjaran PAHALas yang Allah nak bagi kerana sanggup dan IKLAS mengajar budak kecil bab-bab AGAMas ni..mesti berasa BANGGA dipilih menjadi guru j-QAF...

Aunty harap,kenyataan di atas tak APPLY kat guru-guru j-QAF...dan mungkin ada orang yang tersalah interpret kenyataan lisan seseorang..Walaupun ada keluh kesah, sebegini dari guru j-QAF,harap dapatlah kita kaji dan selidiki betapa MURNInya tugas dan tanggungjawab kita untuk membangunkan UMMAH..

Mama Lubna said...

Saya juga guru jqaf.
Saya tak pernah merasa malu untuk melabelkan diri sebagai guru jqaf.
Tapi kekadang, tlupa nak letak title 'jqaf'. Kekadang rasa macam tak penting.
Orang akan tanya: "Kerja apa?"
Mestilah jawab: "Cikgu/ mengajar."
Rasanya tak sesuai pulak nak jawab: "Cikgu jqaf."
Saya nak kupas sikt je.
Bagi sayalah, ramai guru-guru jqaf malu nak mengaku guru jqaf bila: kekadang (yg bergelar ustazah lah), pakaian dah tak berapa nak sempurna. Tudung yang menutupi kepala dah semakin singkat, kain tudung kepala pun bertambah jarang, baju yang digayakan pun dah semakin nipis, berkilat-kilat: manik sini, labuci sana. Semuanya faktor diri sendiri yang 'berubah' mengikut trend. Tak salah bergaya, tetapi peliharalah syariat yang pernah kita 'tadah' dengan syeikh2 di jamiah dulu.
Yang lelaki, no comment. Sebab saya perempuan, kurang arif faktor dari lelaki.
Jangan sampai bila kita mengaku kita guru jqaf, orang akan kata: "La...ustazah ke?" ;)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

bersyukur ada guru-guru j-qaf yang sudi mengajar anak2 kita..

Guru j-Qaf said...

Salam, tak perlu malu jadi Guru j-Qaf, sekarang ramai yang pergi Temuduga Guru j-Qaf. Siap disediakan Tips Panduan Temuduga KPLI SR j-Qaf untuk menghadapi temuduga.