Tuesday, March 12, 2019

Kembali Menulis Blog

Assalamualaikum,

Sudah lama tidak mencoret di blog ini. Bukan setakat blog ini, rata-rata blog yang pernah saya buka pun tidak diupdate sejak sekian lama. Untuk masuk update pun sudah terlupa apa emel dan password yang digunakan, memandangkan saya ada banyak emel.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga masuk. Banyak sebenarnya yang saya sudah saya tulis dan ia hanya kekal di dalam ruang storan komputer sahaja. InsyaAllah, ada masa nanti saya akan kongsikan di sini.

Apapun, jom kita ulang lihat mana-mana blog yang saya pernah buka:

Blog Akhi Mizi: http://akhimizi.blogspot.com/
Blog Ummi Althoharoh di http://ukhti-jazirah.blogspot.com/
Blog Abang Naufal di http://naufalalwafi.blogspot.com/
Blog Ainnur di http://ainnurraihana.blogspot.com/
Blog Asas Berblog di http://asasberblog.blogspot.com/
Blog j-QAF SKPM di http://jqafskpm.blogspot.com/


Ada lagi... tapi dah lupa. Maklumlah, zaman blog dipadam dengan dengan sejarah massa yang lebih dominan iaitu Facebook. Facebook masih berkembang dan terus berperanan sebagai website interaktif mesra pengguna untuk update apa-apa sahaja dari hal peribadi sampai ke hal organisasi.

Apapun jadi, begitulah perjalanan... ia terus berjalan sekalipun tanpa kita sedari.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis. Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail akhimizi80@yahoo.com http://akhimizi.blogspot.com/

Sunday, December 31, 2017

LANGKAH-LANGKAH BERBLOG
INI adalah panduan asas untuk para pengguna internet menggunakan blog sebagai medium penyampaian berpotensi.

Saya hanya akan memberikan panduan asas yang ringkas dan padat supaya mudah difahami oleh pengguna baru yang hendak mempunyai blog sendiri (sebelum ini tiada pengetahuan tentang pembikinan blog atau mempunyai sedikit pengetahuan asas ICT).

Kita akan memfokuskan pembikinan blog yang diaktifkan oleh BLOGSPOT di SUMBER URL: http://blogspot.com/

LANGKAH 1

Anda mungkin pertama kali menggunakan internet. Saya akan menurunkan pengetahuan secara asas yang paling senang dan mudah.

Apabila anda hendak melayari internet anda harus mempunyai Perisian Internet Explorer (symbol huruf e biasanya berwarna biru) ATAU Perisian Mozilla Firefox (simbol seperti glob).

Setelah klik pada Internet Explorer (IE) kita akan mendapati satu window dibuka dan kita hanya perlu taipkan pada Address Bar di atas Menu Bar http://blogspot.com/ kemudian tekan enter atau simbul refresh. Anda akan mendapati paparan seperti di bawah. Perlu diingatkan Blogspot.com ATAU Blogger menggunakan ID pengguna e-mel google http://gmail.com/.


BAGI YANG BELUM ADA E-MEL GMAIL.COM

Sekiranya anda sudah mempunyai e-mel gmail.com anda perlu terus klik pada ARROW bertulis CREATE YOUR BLOG NOW.

TETAPI sekiranya anda belum mempunyai e-mel gmail.com sila buka satu lagi IE dan taipkan di Address Bar http://gmail.com/

Kemudian apabila telah masuk ke gmail.com maka isikan maklumat yang diperlukan seperti mana anda melakukan untuk membuka e-mel di yahoomail.com.

Pastikan ID dan Password yang digunakan semasa membuka e-mel gmail.com diingati dengan baik kerana ID dan Password itulah yang akan digunakan untuk membuka blog anda nanti.

Sebagai contoh anda telah memilih ID: ahmad80 dengan password: 12345678. Setelah anda berjaya membuka e-mel dig mail.com kembalilah ke window blogspot.com pula. Taip semula http://blogspot.com/ sekiranya anda telah menutup window.



BAGI YANG DAH ADA E-MEL GMAIL.COM

Masuk ke http://blogspot.com/

CREATE YOUR BLOG (Bina Blog)

Dari sini, anda klik pada ARROW bertulis CREATE YOUR BLOG NOW. (seperti di atas)

Kemudian akan terpapar seperti rajah yang anda buat: (sila buat sendiri - cepat dapat)


Apa yang perlu anda lakukan?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu mengisi butiran yang diminta pada kotak-kotak jawapan.

Email address – Sila masukkan ID e-mel gmail.com anda dengan tepat.
Enter a password – Sila masukkan password sebagaimana password e-mel anda.
Retype password – Sila masukkan password sekali lagi mesti sama seperti di atas.
Display name – Sila masukkan nama hendak dipaparkan di blog anda.
Word verification – Sila tiru apa jua abjad atau nombor dengan tepat (kecil/besar).
Acceptance of term – Sila klik pada kotak kecil supaya ia bertanda menandakan anda bersetuju.

Setelah itu klik pada ARROW bertulis CONTINUE

LANGKAH 2

NAME YOUR BLOG (Menamakan Blog)

Kemudian akan terpapar seperti rajah berikut:

Terkandung:

Blog title – Masukkan nama atau tajuk blog anda contoh nama anda, organisasi dll. (CONTOH: BLOG AKHIMIZI)
Blog address (URL) – Sila masukkan tajuk capaian blog anda. Contoh anda membuka blog peribadi dan masukkan akhimizi maka tajuk capaian (URL) anda nanti akan menjadi http://akhimizi.blogspot.com/ (hanya isi yang dalam kotak saja atau nama saja)
Word verification – Sila tiru apa jua abjad atau nombor dengan tepat (kecil/besar) seperti sebelum ini.

Setelah itu klik pada ARROW bertulis CONTINUE


LANGKAH 2
CHOOSE A TEMPLATE (Memilih bentuk tempelate latar)

Kemudian akan terpapar seperti rajah berikut

Anda hanya perlu memilih dengan mengklik pada kotak salah satu template sebagai(latar background) Blog anda. Sila pilih mengikut kesesuaian dan keinginan anda. Jangan fikirkan adakah orang lain akan menganggap ianya cantik atau tidak tetapi anggaplah mana yang anda rasa sesuai dengan anda. Cara ini akan mempercepatkan pemilihan dibuat.

Setelah itu klik pada ARROW bertulis CONTINUE

Maka anda akan menerima mesej:

Your Blog has been created!

Untuk serta merta memulakan Blog anda sila klik pada ARROW bertulis START POSTING.
LANGKAH 3
START POSTING
Seterusnya anda akan dipaparkan seperti paparan berikut:


Dari sini anda boleh terus memulakan blog atau berblog. Anda cuma perlu mengisi TAJUK isu yang hendak di tulis pada kolum kecil di bahagian atas dan Masukkan catatan atau ulasan anda di kotak yang besar di bahagian bawah.

Setelah selesai menulis anda hanya perlu klik pada menu PUBLISH POST.

Anda akan menerima mesej post blog anda telah dipublish atau belum. Jika berjaya mesej berbunyi: Your blog post published successfully. Maka anda boleh menyemak blog anda dengan klik pada VIEW BLOG atau pada (in a new windows) sekiranya hendak menyemak pada window yang baru.

BLOG anda akan terpapar dan anda boleh menyemak blog anda. Sila lihat juga URL blog anda di Address Bar untuk memastikan ianya tepat untuk diwar-warkan kepada umum.


LOG IN SEMULA untuk EDIT ATAU POST

Untuk ulang semula pada masa akan datang anda perlu ingati perkara berikut:

Layari http://blogspot.com/
Masukkan ID username dan Password di kotak Sign in to use blogger.
Setelah itu anda akan melihat menu nama blog anda. Anda hanya perlu memilih +NEW POST untuk menambah CATATAN anda.
Tulis posting anda.
Klik pada PUBLISH POST
Klik VIEW BLOG untuk semak blog anda.


HANYA inilah panduan paling asas. Panduan Asas seterusnya seperti bagaimana untuk mengedit akaun blog, layout, menambah elemen blog dll. dan akan dimasukkan kemudian. InsyaAllah. Tapi nasihat saya setelah anda sampai ke tahap pertama ini, anda wajar mempelajari sendiri kerana setiap perkara yang hendak diedit telah disediakan di bahagian atas akaun blog anda. Justeru, explore sendiri adalah jalan terbaik menguasai ilmu blog ini.

Sekian, terima kasih.

AKHI MIZI

Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis. Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail akhimizi80@yahoo.com http://akhimizi.blogspot.com/
testing...

1, 2, 3,

.....


masih bernyawa....



Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis. Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail akhimizi80@yahoo.com http://akhimizi.blogspot.com/

Thursday, January 9, 2014

Blog, Facebook & Whatsapp...

Dunia berubah dengan pantas. Dalam 10 tahun @ 1 dekad ini sahaja sudah menyaksikan pelbagai perubahan. Terutamanya, perubahan dalam mengakses maklumat menerusi saluran ICT @ TMK.

Malunya diri kalau masih tidak cakna dengan perubahan dunia. Ya, kita boleh saja terus hidup seperti sebelum 10 tahun yang lalu... seperti pada zaman milenium lama. Kita boleh terus berbangga dengan pencapaian pada zaman itu, tetapi kita akan terlihat ketinggalan amat jauh.

Justeru... saya memetik 3 kata kunci yang sangat tidak asing bagi kita iaitu BLOG, FACEBOOK dan WHATSAPP.

1. BLOG

Saya mula menulis blog pada pertengahan Jun 2002. Walaupun saya antara manusia terawal dalam kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di Al Azhar yang menulis blog dan menjadikan blog sebagai medium dakwah alternatif namun, saya bukanlah orang yang terus istiqomahq menulis. Menulis ada pasang surutnya.

Pada peringkat awal, saya sebenarnya mencari kepuasan menulis. Kepuasan menulis adalah apabila hasil tenunan penulis dibacq dan diterima dalam khalayak. Menulis bukan semata-mata untuk mencari glamour.... jauh sekali untuk mendapatkan keuntungan. Namunq, tidak saya nafikan menulis boleh mengundang populariti dan wang jika sudah diterima dalam kalangan khalayak.

Selain menulis catatan JALAN HIDUP sebagai jurnal peribadi, Blog yang saya hasilkan juga memaparkan ilmu, perbahasan ilmiah, karya kreatif dan pandangan sosial. Dengan menggunakan nama samaran PUJANGGA, AKHI MASRAWI, ALIFPUTERA, SYAMSUL BUKHARI, NUHAS, NAUFAL, IBNU ISMAIL dll saya menulis dengan berahi. Cerpen-CERPEN yang saya hasilkan di dunia maya kemudiannya dihantar ke penerbitan majalah dan akhbar dan alhamdulillah tersiar.

Dunia blog mengheret saya untuk memeriahkannya di kalangan para guru dan pegawai. Akhirnya saya diamanahkan untuk membina portal SPPIM, JPN Kedah oleh Tn. Dr. Hj. Rushdan Azizan yang pada waktu itu merupakan pegawai j-QAF di SPPIM. Selain itu, berbantukan Ustaz Rokhaimi kami membina E-JAZIRAH Online iaitu sebuah portal untuk download bahan-bahan j-QAF antara terawal sebelum tugas itu diambil alih oleh rakan-rakan dalam kalangan j-QAF lain.

Blog saya sendiri seperti yang sedia maklum, 1. JURNAL JALAN HIDUP http://www.geocities.com/pujangga1. 2. Akhi Masrawi Online di http://akhimasrawiq.blogdrive.com dan aktif sampai kini ialah... 3. BLOG AKHI MIZI di http://akhimizi.blogspot.com.

2. FACEBOOK

Saya bergelumang dengan dunia facebook seperti orang lain iaitu untuk menyambung hubungan dengan kawan-kawan dan kenalan yang terputus sejak selepas zaman universiti, sekolah dan masing-masing sibuk dengan keluarga pasca berkahwin.

Namun, facebook agak memualkan. Walaupun kita boleh berkongsi cerita dengan orang lain, ianya memerlukan kita berhati-hati kerana media sosial seperti facebook kadang-kadang tidak hanya membawa keseronokan bahkan bala dan musibah.

Berkongsi gambar dalam wall facebook perlu berhati-hati kerana dikhuatiri akan disalah guna oleh mereka yang tidak bertangggung jawab.

Saya lebih suka untuk mendapatkan maklumat dan pautan yang terkini di facebook, berbanding menggongsi cerita peribadi. Facebook juga medium dakwah akternatif yang boleh digunakan dengan sebaiknya.

3. WHATSAPP

Dari tidak tahu apa-apa sampailah kini kita hanya berbicara tentang smartphone dan tablet bila bersembang tentang handphone. Akses kepada maklumat semakin pantas. B3rhubung dengan kawan-kawan terasa lebih mudah, murah dan jimat.

Dunia whatsapp ini pun sudah semakin matang. Tunggulah sikit hari lagi.... whatsapp juga akan jadi antik sebagai mana mIRC menjadi kuno ketika Yahoo Messengger datang, Blog hilang fungsinya bila facebook mendominasi dan Whatsaap akan juga menjadi ketinggalan suatu ketika nanti.....

Masa itu, mungkin hari ini. Hari ketika anda membaca artikel ini.

Akhi Masrawi.
9.1.2014
Padang Matsirat, Langkawi.

Thursday, April 18, 2013

Audio Surah Yasin

Audio Surah Yasin.



Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

Thursday, February 14, 2013

SALAM ULANG TAHUN KE 8 j-QAF KOHORT 2005




BEBERAPA tahun yang lalu, saya ada menulis dua buah artikel dalam blog ini di bawah tajuk BARU LIMA TAHUN dan BARU LIMA TAHUN (SIRI 2). Kedua-dua artikel itu hanyalah bicara santai dan luahan hati seorang guru j-QAF biasa seperti saya yang melalui tahun demi tahun menimba pengalaman sebagai seorang guru dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Saya tidak dapat bersabar ntuk menanti tahun ke 10 pelaksanaan j-QAF, oleh itu saya memilih untuk menulis pada tahun ini, pada ulangtahun ke-8 ATAU tahun ke 9 pelaksanaan j-QAF di sekolah-sekolah kohort 2005. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara yang akan saya sentuh dalam bicara santai pada kali ini.

Sudah banyak yang berubah. Dari bawah ke atas, juga dari atas ke bawah... segalanya dah banyak berubah.

1. Dulu Pegawai j-QAF JPN Kedah... Ustaz Dr. Hj. Rushdan Azizan (PHD), kemudian serah kepada Ustaz Musa Jayyid Mohamad, lepas tu kepada ustaz Hj. Abdul Somad Abdullah. Ustaz Rushdan khabarnya sekarang ni dah masuk Jemaah Nazir. Ustaz Musa dah tukar ke sekolah dan di SPI JPN Kedah yang masih memegang jawatan PPK j-QAF ialah ustaz Hj. Abdul Somad Abdullah yang dulunya Pegawai Khas j-QAF PPD Kubang Pasu. Tak kisahlah siapa pun pegawai... tetapi ramai kawan-kawan bersetuju bahawa kami merindukan zaman bersama Ustaz Rushdan Azizan yang sekarang ini memimpin KKGUMB Kedah. Pegawai di PPD Langkawi pun sudah bertukar orang, sekarang ini ialah Ustaz Mahmud Hassan.

2. Kawan-kawan Guru j-QAF sekohort yang ditakdirkan datang menabur bakti mendidik anak-anak Pulau Langkawi, sekarang ini cuma yang satu bacth dengan aku hanyalah Ustaz Johari (SKL), Ustaz Zulkifli (SKL), Ustazah Mazidah (SKPM), Ustazah Sabriah (SKKD) dan Ustazah Nor Azizah (SKSN). Lain-lain sudah tidak berada di Langkawi. Antara yang dah pindah Ustazah Yusnita SKSN ke SK Siputeh, Ustaz Aizul SKL ke SKSM, Ustaz Dhiyauddin SKK ke SKJ3, Ustaz Malik SKK ke SK?, Ustaz Bashir SKPM ke SKAH, Ustaz Nasir SKKD ke KUIN, Ustaz Mohd Rokhaimi SKKD ke SK Siputeh. Sapa lagi?

3. Kawan-kawan yang sezaman jadi JLU j-QAF dulu... dengar khabar2 angin dari kejauhan lah... Antaranya ialah Ustaz Amir Mohd Nason dah ke IPG Sultan Abdul Halim sebagai Pensyarah, Ustaz Mohd Hafni Halim sama juga tetapi ke IPG Darul Aman, Ustaz Mohd Nazri pun ke IPDA sebagai Pegawai Pengurusan, Ustaz Azizi pun jadi pensyarah juga tapi di Sarawak. Yang lain-lain pun ramai yang dah berubah, naik pangkat.... naik jawatan lain ubah itu ini. Saya dan kawan-kawan j-QAF lain masih ada dan setia tetapi tak janjilah sampai bila. Manalah tahu takdir masa depan masing-masing.

4. Ada kawan-kawan semakin bertambah maju dalam aspek pendidikan. Ustaz Akmal dan Ustaz Mohd Isa di PPD Kubang Pasu, tak kurang kawan-kawan lain yang dapat pelbagai anugerah daripada anugerah hari guru sampailah kepada anugerah APC dan Perkhidmatan berkualiti JPN.

5. Ada juga yang semakin bertambah maju dari pelbagai aspek selain pendidikan, ada yang dah beli rumah lebih daripada sebuah, ada yang beli kereta, MPV, SUV dan macam-macam... Ada yang berjaya secara sambilan sebagai usahawan, ada beli tanah, buat kebun, buat dusun, ada yang tambah cawangan baru... (hehehe), Ada yang bisnes kecil-kecilan nak tambah side income... dll.

6. Kawan-kawan yang berblog sama-sama suatu masa dulu... ramai yang sudah berhenti. Dunia blog semakin sepi. FACEBOOK semakin popular. Kalau nak tahu perkembangan mereka kenalah jengah WALL mereka. Inilah berubahnya masa.

7. Dengar-dengar cerita.... tahun ini cukuplah syarat untuk kita guru 2005 memohon ke GRED DG44. Tapi sendiri mahu ingatlah... prestasi sebelum-sebelum ini macamana? Harap-harapnya semuanya ok... Dalam duk terkira-kira pasal naik DG ni... elok kita pakat-pakat fikir sama sudah sempurnakah amanah dan tanggungjawab kita dalam dunia yang kita ceburi ini, Muhasabah... PnP lagu mana? Khatam al-Quran, Jawi, Tasmik, KBS, KLAQ, KBJ, KBA, KPJ dll... jangan jemu untuk berkerja kerana anggaplah kerja sebagai ibadah.

Baru tahun ke sembilan, banyak yang sudah berubah. Jauh lagi perjalanan kita...



Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel.

Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
019.578.5596

Wednesday, January 30, 2013

BEBERAPA RAKAMAN VIDEO IMPLIKASI TEKNIK "HIFZUL KALIMAT" BAHASA ARAB.

Assalamualaikum warahmatuLlah,

Beberapa video yang telah saya UPLOAD ke dalam YOUTUBE untuk menjadi dorongan kepada para pelajar saya menghafal kalimat-kalimat Arab menggunakan teknik "Hifzul Kalimat":

Video 1: Para pelajar kelas 4 Cempaka.


Video 2: Farah Izyan 4C


Video 3: Syaqir Amsyar 5C




Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
http://www.facebook.com/#!/ahmadtarmizi.binismail.9
019.5785596