Thursday, February 14, 2013

SALAM ULANG TAHUN KE 8 j-QAF KOHORT 2005




BEBERAPA tahun yang lalu, saya ada menulis dua buah artikel dalam blog ini di bawah tajuk BARU LIMA TAHUN dan BARU LIMA TAHUN (SIRI 2). Kedua-dua artikel itu hanyalah bicara santai dan luahan hati seorang guru j-QAF biasa seperti saya yang melalui tahun demi tahun menimba pengalaman sebagai seorang guru dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Saya tidak dapat bersabar ntuk menanti tahun ke 10 pelaksanaan j-QAF, oleh itu saya memilih untuk menulis pada tahun ini, pada ulangtahun ke-8 ATAU tahun ke 9 pelaksanaan j-QAF di sekolah-sekolah kohort 2005. Hal ini adalah disebabkan beberapa perkara yang akan saya sentuh dalam bicara santai pada kali ini.

Sudah banyak yang berubah. Dari bawah ke atas, juga dari atas ke bawah... segalanya dah banyak berubah.

1. Dulu Pegawai j-QAF JPN Kedah... Ustaz Dr. Hj. Rushdan Azizan (PHD), kemudian serah kepada Ustaz Musa Jayyid Mohamad, lepas tu kepada ustaz Hj. Abdul Somad Abdullah. Ustaz Rushdan khabarnya sekarang ni dah masuk Jemaah Nazir. Ustaz Musa dah tukar ke sekolah dan di SPI JPN Kedah yang masih memegang jawatan PPK j-QAF ialah ustaz Hj. Abdul Somad Abdullah yang dulunya Pegawai Khas j-QAF PPD Kubang Pasu. Tak kisahlah siapa pun pegawai... tetapi ramai kawan-kawan bersetuju bahawa kami merindukan zaman bersama Ustaz Rushdan Azizan yang sekarang ini memimpin KKGUMB Kedah. Pegawai di PPD Langkawi pun sudah bertukar orang, sekarang ini ialah Ustaz Mahmud Hassan.

2. Kawan-kawan Guru j-QAF sekohort yang ditakdirkan datang menabur bakti mendidik anak-anak Pulau Langkawi, sekarang ini cuma yang satu bacth dengan aku hanyalah Ustaz Johari (SKL), Ustaz Zulkifli (SKL), Ustazah Mazidah (SKPM), Ustazah Sabriah (SKKD) dan Ustazah Nor Azizah (SKSN). Lain-lain sudah tidak berada di Langkawi. Antara yang dah pindah Ustazah Yusnita SKSN ke SK Siputeh, Ustaz Aizul SKL ke SKSM, Ustaz Dhiyauddin SKK ke SKJ3, Ustaz Malik SKK ke SK?, Ustaz Bashir SKPM ke SKAH, Ustaz Nasir SKKD ke KUIN, Ustaz Mohd Rokhaimi SKKD ke SK Siputeh. Sapa lagi?

3. Kawan-kawan yang sezaman jadi JLU j-QAF dulu... dengar khabar2 angin dari kejauhan lah... Antaranya ialah Ustaz Amir Mohd Nason dah ke IPG Sultan Abdul Halim sebagai Pensyarah, Ustaz Mohd Hafni Halim sama juga tetapi ke IPG Darul Aman, Ustaz Mohd Nazri pun ke IPDA sebagai Pegawai Pengurusan, Ustaz Azizi pun jadi pensyarah juga tapi di Sarawak. Yang lain-lain pun ramai yang dah berubah, naik pangkat.... naik jawatan lain ubah itu ini. Saya dan kawan-kawan j-QAF lain masih ada dan setia tetapi tak janjilah sampai bila. Manalah tahu takdir masa depan masing-masing.

4. Ada kawan-kawan semakin bertambah maju dalam aspek pendidikan. Ustaz Akmal dan Ustaz Mohd Isa di PPD Kubang Pasu, tak kurang kawan-kawan lain yang dapat pelbagai anugerah daripada anugerah hari guru sampailah kepada anugerah APC dan Perkhidmatan berkualiti JPN.

5. Ada juga yang semakin bertambah maju dari pelbagai aspek selain pendidikan, ada yang dah beli rumah lebih daripada sebuah, ada yang beli kereta, MPV, SUV dan macam-macam... Ada yang berjaya secara sambilan sebagai usahawan, ada beli tanah, buat kebun, buat dusun, ada yang tambah cawangan baru... (hehehe), Ada yang bisnes kecil-kecilan nak tambah side income... dll.

6. Kawan-kawan yang berblog sama-sama suatu masa dulu... ramai yang sudah berhenti. Dunia blog semakin sepi. FACEBOOK semakin popular. Kalau nak tahu perkembangan mereka kenalah jengah WALL mereka. Inilah berubahnya masa.

7. Dengar-dengar cerita.... tahun ini cukuplah syarat untuk kita guru 2005 memohon ke GRED DG44. Tapi sendiri mahu ingatlah... prestasi sebelum-sebelum ini macamana? Harap-harapnya semuanya ok... Dalam duk terkira-kira pasal naik DG ni... elok kita pakat-pakat fikir sama sudah sempurnakah amanah dan tanggungjawab kita dalam dunia yang kita ceburi ini, Muhasabah... PnP lagu mana? Khatam al-Quran, Jawi, Tasmik, KBS, KLAQ, KBJ, KBA, KPJ dll... jangan jemu untuk berkerja kerana anggaplah kerja sebagai ibadah.

Baru tahun ke sembilan, banyak yang sudah berubah. Jauh lagi perjalanan kita...



Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel.

Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
019.578.5596

Wednesday, January 30, 2013

BEBERAPA RAKAMAN VIDEO IMPLIKASI TEKNIK "HIFZUL KALIMAT" BAHASA ARAB.

Assalamualaikum warahmatuLlah,

Beberapa video yang telah saya UPLOAD ke dalam YOUTUBE untuk menjadi dorongan kepada para pelajar saya menghafal kalimat-kalimat Arab menggunakan teknik "Hifzul Kalimat":

Video 1: Para pelajar kelas 4 Cempaka.


Video 2: Farah Izyan 4C


Video 3: Syaqir Amsyar 5C




Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
http://www.facebook.com/#!/ahmadtarmizi.binismail.9
019.5785596

Monday, November 5, 2012

JADUAL KULIAH & CERAMAH NOVEMBER 2012

JADUAL PERIBADI USTAZ AHMAD TARMIZI BIN ISMAIL AL-MASRAWI.

1. 1/11/2012 (KHAMIS) - CERAMAH AGAMA "Kerja Sebagai Ibadat" kepada pegawai Kememterian Sumber Asli dan Al;am Sekitar di Kem Beringin Beach Resort.

2. 3/11/2012 (SABTU) - KULIAH FARDHU AIN "Memahami Bahasa Al-Quran" di Masjid Al-Hana.

3. 4/11/2012 (AHAD) - KULIAH MAGHRIB Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Bukit Temin.

4. 6/11/2012 (SELASA) - KULIAH MAGHRIB Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

5. 7/11/2012 (RABU) - KULIAH MAGHRIB Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong.

6. 11/11/2012 (AHAD) - KULIAH MAGHRIB Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Bukit Temin.

7. 13/11/2012 (SELASA) - KULIAH MAGHRIB Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

8. 14/11/2012 (RABU) - KULIAH MAGHRIB Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong.

9. 14/11/2012 (RABU) - CERAMAH AGAMA 9.15 malam "Maal Hijrah dan Ukhuwah Islamiah" di Surau Taman Desa Kemboja.

10. 20/11/2012 (SELASA) - KULIAH MAGHRIB Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

11. 21/11/2012 (RABU) - KULIAH MAGHRIB Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong.

12. 25/11/2012 (AHAD) - KULIAH MAGHRIB Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Bukit Temin.

13. 27/11/2012 (SELASA) - KULIAH MAGHRIB Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

14. 28/11/2012 (RABU) - KULIAH MAGHRIB Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong.

Jemputan Ceramah boleh hubungi Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail di talian: 019 5785596


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel.

Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.


Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
019 5785596

Sunday, October 7, 2012

JADUAL KULIAH OKTOBER 2012

JADUAL KULIAH & CERAMAH USTAZ AHMAD TARMIZI BIN ISMAIL AL-MASRAWI.

1. 3/10/2012 SELASA - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Padang Gaong.
2. 7/10/2012 AHAD - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.
3. 9/10/2012 SELASA - Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH di Surau Taman Desa Permata.
4. 10/10/2012 RABU - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Padang Gaong.
5. 14/10/2012 AHAD - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.
6. 16/10/2012 SELASA - Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH di Surau Taman Desa Permata.
7. 17/10/2012 RABU - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Padang Gaong.
8. 21/10/2012 AHAD - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.
9. 22/10/2012 ISNIN - Kuliah Maghrib CERAMAH: HIKMAH PENGORBANAN di Surau Tsunami.
10. 23/10/2012 SELASA - Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH di Surau Taman Desa Permata.
11. 24/10/2012 RABU - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Padang Gaong.
12. 28/10/2012 AHAD - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.
13. 30/10/2012 SELASA - Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH di Surau Taman Desa Permata.
14. 31/10/2012 RABU - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Padang Gaong.

JEMPUTAN CERAMAH/KULIAH sila berhubung dengan USTAZ AHMAD TARMIZI BIN ISMAIL di talian 019 578 5596.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel.

Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
HP: 019 578 5596

Tuesday, September 11, 2012

JADUAL KULIAH EDISI BULAN SEPTEMBER 2012

JADUAL PERIBADI (KULIAH & CERAMAH) USTAZ AHMAD TARMIZI BIN ISMAIL

1. 4/9/12 (SELASA) - Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

2. 9/9/12 (AHAD) - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.

3. 11/9/12 (SELASA) - Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

4. 12/9/12 (RABU) - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Padang Gaong, Ulu Melaka.

5. 16/9/12 (AHAD) - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.

6. 18/9/12 (SELASA) - Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata, Kuah.

7. 19/9/12 (RABU) - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Padang Gaong, Ulu Melaka.

8. 22/9/12 (SABTU) - Kuliah TAFAQQUH FI DIN Kelas Memahami Bahasa Al-Quran di Masjid Al Hana, Kuah.

9. 23/9/12 (AHAD) - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.

10. 24/9/12 (ISNIN) - Ceramah Agama malam "ANCAMAN AKIDAH UMAT ISLAM" di Surau Tsunami.

11. 25/9/12 (SELASA) - Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata.

12. 26/9/12 (RABU) - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Padang Gaong, Ulu Melaka.

13. 30/9/2012 (AHAD) - Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.


Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.


Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
019 578 5596
akhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

Thursday, July 5, 2012

JADUAL KULIAH EDISI JULAI 2012

JADUAL PERIBADU USTAZ AHMAD TARMIZI BIN ISMAIL

1. 1/7/12 (AHAD): Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.

2. 3/7/12 (SELASA: Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Tmn. Desa Permata.

3. 8/7/12 (AHAD): Ceramah Agama 2.30-4.30 petang bertajuk "MENJADI MUKMIN SEJATI" Anjuran JKM di Dewan Besar LADA.

4. 10/7/12 (SELASA): Kuliah Maghrib AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH di Surau Taman Desa Permata.

5. 15/7/12 (AHAD): Kuliah Maghrib TAFSIR AYAT AHKAM di Masjid Bukit Temin.

6. 17/7/12 (SELASA): KM Ceramah Penghayatan Ramadan di Surau Taman Desa Permata.

7. 19/7/12 (KHAMIS): KM Ceramah Penghayatan Ramadan di Surau Taman Desa Kemboja.

* Semua Kuliah akan bercuti sepanjang Ramadan, Aidilfitri dan akan bersambung mulai 9/9/12. Kuliah di Masjid Bukit Temin akan bersambung semula pada 9/9/12. Kuliah AKIDAH akan bersambung pada 11/9/12 dan Kuliah Tafsir Ayat Ahkam di Masjid Padang Gaong mulai bercuti pada bulan Julai dan Ogos. Kelas bersambung pada 12/9/12. Hanya undangan atau jemputan ceramah sahaja sepanjang Ramadan.

Sekian, harap maklum. 



Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.
Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

Tuesday, April 10, 2012

CABARAN MEMAHAMI DAN MEMAHAMKAN ISLAM

Oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail

ISLAM adalah satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT. Ini terbukti jelas menerusi FirmanNya dalam surah A-li Imran 2:19 "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah adalah Islam..." Meskipun begitu, berapa ramai di kalangan umat Islam yang benar-benar memahami akan agama yang mereka anuti? Berapa ramai pula yang sesudah memahami agama Islam yang murni itu, mengamalkan ajaran-ajarannya dan menghayati dalam kehidupan sebagai seorang hamba kepada Allah Azza Wa Jalla.

Persoalan-persoalan seperti itu telah acap kali diulang soal dalam kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Akan tetapi, dilihat seolah-olah persoalan itu masih buntu dengan tiada penyelesaiannya. Ia, seakan-akan hanya berlegar dalam ruangan masjid dan surau tempat di mana kuliah atau ceramah diadakan... tanpa dibawa pulang oleh para hadirin. Akhirnya, ia tidak ke mana-mana. Kita hanya menganggap bahawa untuk mengamalkan Islam... tempatnya adalah di masjid dan surau sahaja. Sedangkan Islam adalah pada hakikatnya merupakan cara hidup yang syumul (sempurna).

Pada pendapat saya, mengapa Islam gagal diamalkan dengan sempurna adalah disebabkan oleh kegagalan umatnya untuk memahami Islam itu sendiri. Lagilah hendak menghayati.... memahami pun tidak!

Kegagalan untuk memahami Islam itu harus dilemparkan kepada siapa? Adakah kepada para ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang mengajar kuliah-kuliah agama dan berceramah kerana mereka sendiri gagal mengajar dan menyampaikan dengan baik sehingga ilmu yang disampaikan itu dapat difahami? Atau kepada orang-orang awam yang tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama... yang datang ke kuliah-kuliah agama bukan dengan tujuan sebenar hendak memahami agama. Atau lebih luas kepada sistem pendidikan kita yang lemah, guru-guru di sekolah, guru-guru kelas Pendidikan Islam KAFA? Atau siapa lagi...

Ternyata, jika hendak menudingkan jari amatlah mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukan hal tersebut. Tetapi, untuk meneliti dan mencari jalan keluar amatlah sukar. Calang-calang orang sahaja yang boleh.

Literalnya, itulah sunnah manusia akhir zaman. Terlalu ramai orang beragama Islam tetapi nilai Islamnya tidak seberapa kerana pemahamannya kepada agama Islam adalah sangat cetek. Saya tidak mengatakan persoalan-persoalan hukum-hukum cabang atau hukum-hukum yang hanya dapat ditaakul oleh para ulamak berautoriti, tetapi persoalan-persoalan asas yang dikenali sebagai Fardu Ain pun ada dalam kalangan umat Islam yang masih gagal. Lebih-lebih lagi persoalan ibadat kerana ianya adalah keutamaan yang tidak boleh dinafikan.

Apakah kita cukup untuk mengamalkan Islam sekadar ikut-ikutan daripada amalan-amalan yang dilakukan oleh orang lain atau orang-orang yang terdahulu daripada kita? Adakah cukup kita berwuduk, solat, berpuasa dan selainnya sekadar ilmu pengetahuan yang kita belajar semasa kita di bangku sekolah dahulu? Tidakkah terlintas untuk melakukan proses 'naik taraf' dalam memahami agama sendiri?

Islam ini bukan agama ikut-ikutan. Islam ini agama yang perlu difahami. Untuk memahaminya memerlukan kepada mempelajari. Tidak kiralah bagaimana cara proses pembelajaran berlaku tetapi apa yang penting adalah saluran ilmu itu datangnya daripada sumber yang betul berasaskan kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mengamalkan Fiqh Islami berteraskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.

Jelasnya, bukanlah mudah untuk memahami Islam. Namun, jalannya terbentang luas. Di rata-rata masjid dan surau ada majlis-majlis ilmu, ada kuliah agama, ada ceramah, forum, seminar dan kursus-kursus yang sentiasa berjalan. Persoalannya kehadiran ahli jemaah untuk menghidupkan majlis-majlis tersebut masih tidak boleh dibanggakan. Adakah masyarakat kita terlalu sibuk, siang dan malam sehingga tidak boleh meluangkan masa antara maghrib hingga isyak untuk belajar Fardu Ain? Atau sebenarnya belum bersedia untuk memahami Islam?

Saya tidak katakan hanya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu sudah mencukupi untuk memahami Islam. Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan. Misalnya dengan membudayakan membaca buku-buku agama.

Namun, sebenarnya masyarakat kita tidak terbudaya dengan budaya membaca, apatah lagi hendak membaca buku-buku agama! Oleh itu, jika kalau jalan-jalan seperti membaca amatlah sukar, carilah-majlis-majlis pengajian supaya kita boleh mendengar dan memahami terus secara langsung dengan guru-guru agama yang kita mahukan.

Bagi para pendakwah pula, cabarannya adalah sangat luas dan sentiasa tidak berpenghujung. Dalam memahami baik memahamkan Islam. Ini kerana, tidak dinafikan ada segelintir ustaz-ustaz yang sama ada sedar atau tidak sedar sebenarnya gagal memahami Islam sehingga mereka gagal untuk memahamkan kepada orang lain apa itu Islam. Namun, tidak dinafikan... tugas memahamkan Islam ini bukanlah tugas yang mudah. Ia adalah tugas yang sukar dan memerlukan amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakannya.

Oleh itu, dalam usaha memahamkan Islam kepada orang lain... jangan terlupa untuk memahami Islam untuk diri sendiri. Ilmu Islam amat luas, meliputi segala aspek. Oleh itu, saya berpesan kepada diri sendiri.... belajar, belajar dan teruslah belajar sehingga akhir hayat. Sama ada kamu ustaz atau kamu pelajar.... hendaklah kamu belajar! Wa Allahu a'lam.

NOTA: Untuk jemputan ceramah Israk Mikraj 1433H atau Forum, sila hubungi terus kepada saya: 0195785596 untuk menetapkan tarikh awal bagi mengelak pertembungan dengan program lain.

Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
akhimizi80@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/