Sunday, August 10, 2008

P&P BAHASA ARAB 5 WAKTU: PERJALANAN MASIH JAUH

Oleh Akhi Mizi

SAYA menginsafi diri kerana tidak dapat menguasai Ilmu Bahasa Arab dengan cemerlang. Barangkali saya cuma di peringkat maqbul sahaja. Meskipun saya boleh bertutur dalam Bahasa Arab dengan rakan-rakan lain ketika bertemu, bukanlah bukti bahawa saya telah pun menguasai Ilmu Lughah Arabiah. Benar, saya akui kelemahan diri.

Hampir tujuh tahun di peringkat pengajian menengah belajar Bahasa Arab dan Ulum Diniah (Pengajian Islam) dalam pelbagai madah (subjek) mengunakan Bahasa Arab dengan ustaz-ustazah masih terikat dengan disiplin baca, terjemahan dan hafalan. Kalimah-kalimah, Tarakib, Ta’bir dan Nas-nas yang kebanyakan dibaca dan dihafal itu kemudian sebahagiannya terlupa. Yang terlekat dibawa ke pengajian universiti.

Kemudian, selama empat tahun lebih saya membawa diri ke Ardil Kinanah Mesir. Menelaah ilmu Syariah Islamiah sebagai tolibul Azhar. Membelek kitab-kitab kuliah dan rujukan cetakan bahasa Arab tanpa jemu. Mujurlah di sekolah menengah sudah terbiasa dengan kitab-kitab Bahasa Arab boleh juga difahami. Jika kabur, belek kamus.

Tetapi akhirnya saya sedar, saya belum menguasai Bahasa Arab dengan cemerlang walaupun saya boleh membaca nas (teks) berbahasa Arab dan memahami maksudnya. Tetapi, ketika itu saya tidak sedar untuk membaiki diri dalam ilmu Bahasa Arab.

Dari sudut percakapan, memang zuruf telah memaksa saya untuk bermuamalah dalam Bahasa Arab meskipun Bahasa Arab yang dituturkan oleh masyarakat Mesir bukanlah Bahasa Arab Fushah (bahasa al-Quran) ia sedikit sebanyak telah memotivasi diri untuk bertutur dan memahami bahasa ‘ammiah itu kerana sifatnya yang mirip. Akhirnya saya boleh bertutur dalam Bahasa Arab gabungan antara Fushah dan ‘Ammiah meskipun banyak kesalahan dalam pertuturan.

Maksud saya, saya masih perlu untuk belajar Lughah Arabah (Bahasa Arab). Ilmu Qawaid Nahu dan Sorof (tatabahasa), Balaghah dan Adab Nusus (Kesusasteraan Arab) belum saya kuasai dengan baik.

Saya berpegang pada prinsip belajar: “Menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.” Justeru, selagi tidak mati… masih ada masa untuk belajar. Cuma persoalannya mahu atau tidak mahu. Tetapi, bagaimana pula jika Tuhan memilih kita untuk mengajar orang lain sedangkan kita sendiri pun masih belum menguasainya? Maka dengan sebab itu, ilmu-ilmu lughah dibelek semula, diulangkaji dan dijadikan rujukan.

Menjadi seorang guru Bahasa Arab di sekolah kebangsaan, bukanlah cabaran yang terlalu besar bagi kebanyakan guru Bahasa Arab. Dari sudut Kurikulum Bahasa Arab, sukatan (silibus) yang dicadangkan untuk diajarkan di peringkat ini memang diakui berada pada tahap pengenalan dan sederhana. Tidak terlalu susah dan tidak terlalu tinggi. Namun, saya sendiri ada kalanya merujuk kamus atau kawan-kawan lain untuk mendapatkan makna yang tepat bagi perkataan-perkataan yang jarang atau belum pernah ditemui tetapi tercatat dalam teks.

Dari sudut proses pengajaran pula, aspek komunikasi ditekankan. Justeru, pendekatan komunikatif disarankan untuk pelaksanaan P&P Bahasa Arab supaya murid-murid dapat berkomunikasi dalam Bahasa Arab lantaran tujuan mempelajari bahasa adalah untuk berkomunikasi. Perhatian kepada aspek-aspek Nahu, Sorof dan I’rab hanya sampingan dan diajarkan secara tidak langsung. Sebenarnya, saya menyokong pendapat yang mengatakan dalam pengajaran Bahasa Arab aspek-aspek sampingan itulah aspek-aspek yang paling penting. Jika tidak, generasi yang bakal lahir nanti pun akan juga tiada perubahan. Sama macam gurunya juga. Tidak mantap tatabahasa Arab.

Ini kerana, agak sukar untuk memahamkan pelajar mengapa sesuatu kalimah berubah barisnya sekejap di baca dhummah, sekejap fathah dan adakalanya kasrah sedangkan kalimah yang dipelajari adalah kalimah yang sama. Sukar juga untuk memahamkan murid kenapa perlu ada penambahan atau imbuhan dalam sesuatu kalimah. Contohnya penambahan alif dan lam pada awal kalimah untuk menunjukkan perubahan dari nakirah kepada makrifah (madrasatun kepada almadrasatu) dan berubahnya baris akhir dari dhumatain kepada dhummah sahaja, atau penambahan ya dhomir pada isim contoh perkataan: (Akhun = Abang/adik lelaki) kepada (Akhi = Abang saya/ adik lelaki saya), atau perubahan dhomir dari awalan alif untuk ana kepada ta untuk anta dan banyak lagi. Apatah lagi untuk 1 minggu hanya 60 minit atau 2 waktu.

Memang benar, bahasa dipelajari adalah untuk berkomunikasi. Tetapi sedarkah kita andai aspek tatabahasa tidak ditekankan ia akan memberikan kesan kepada orang yang menuturkan bahasa itu sendiri. Contohnya seorang murid akan berkata: Ana yazhabu ilal mat’am (salah) sedangkan yang betul ialah: Ana azhabu ilal mat’am.

Saya menyambut baik saranan Kementerian Pelajaran Malaysia dan BPI mewajibkan pelaksanaan Bahasa Arab sebanyak 5 waktu seminggu di sekolah kebangsaan. Dengan itu, aspek-aspek sampingan yang dinyatakan akan boleh lebih diperincikan sehingga membolehkan murid-murid memahaminya sebagai satu kepentingan mempelajari Bahasa Arab. Tetapi persoalannya, benarkah akan dilaksanakan 5 waktu seminggu. Bagaimana pula dengan jadual waktu dan guru. Jika sekarang pelaksanaan 2 waktu pun pelbagai cabaran telah wujud, apalagi jika 5 waktu. Bagi saya, saya amat optimis dengan 5 waktu. Ia akan lebih banyak ruang mengajar dan membaiki kekurangan. Tetapi jika bagi sekolah-sekolah yang kekurangan tenaga guru, tentu akan lebih besar cabarannya. Guru-guru j-QAF opsyen Pendidikan Islam juga barangkali perlu mengajar Bahasa Arab. Bagaimana pula dengan jadual. Di sekolah sekarang murid-murid pulang pada jam 12.45 bagi tahap 1 dan 1.15 bagi tahap 2 (waktu akhir persekolahan), jika ditambah kepada 5 waktu adakah akan berubah juga jadual waktu? Atau hanya ditambaha pada selepas masa akhir? Kalau ditambah pada selepas masa akhir, memang agak sukar kerana murid pada masa itu hanya berfikir untuk pulang. Tumpuan kepada pelajaran akan berkurangan. Justeru, adalah molek andai dimasukkan dalam waktu persekolahan sedia ada. Ini cuma pandangan peribadi saya sahaja selaku seorang guru.

Saya berharap kelak nanti generasi yang akan lahir benar-benar menguasai Bahasa Arab pada tahap cemerlang, bukan pada tahap maqbul sahaja.

Gurunya pun kenalah melangkah kearah itu juga.

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]shop tech software, [url=http://firgonbares.net/]selling software that[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] where can i sell my software microsoft softwares
cheapest software to [url=http://firgonbares.net/]buying a software company[/url] discounted office software
[url=http://firgonbares.net/]doctor's office software[/url] selling software services
[url=http://firgonbares.net/]software sales agent[/url] academic software downloads
adobe photoshop cs4 extended full with serial torrent [url=http://firgonbares.net/]rules of order software[/b]