Monday, August 25, 2008

ARTIKEL LAMA: Insurans Menurut Perspektif Islam

INSURANS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Oleh AKHI MASRAWI *

MUQADDIMAH


PERKEMBANGAN sistem ekonomi dunia adalah sejajar dengan perkembangan keintelektualan dan fitrah manusia secara SunnatuLlah. Proses ini bukanlah sesuatu yang wajar dihairankan kerana sejarah kehidupan bani insan telah menjadi sumber rujukan muktamad sebagai fakta yang tidak mungkin disangkal.

Proses perkembangan intelektual pula dikuasai oleh beberapa disiplin wadhai’eyah yang dikembangkan dari zaman ke zaman. Hasilnya lahirlah pelbagai pembaharuan dalam masyarakat yang sekaligus menuntut para cendiakawan, sarjana dan ulamak Islam memberikan pendapat berhubung halal-haram sesuatu perkara. Justeru pendekatan Rabbani adalah penyelesaian terbaik untuk mengawal kemahuan manusia yang bersifat tidak terbatas itu.

Dalam hal ini, sistem ekonomi yang menjadi sebahagian pemangkin kecenderungan yang bersifat fitrah turut terseret mengalami beberapa islah ke arah penyusunan yang bertamadun sekaligus tidak melupakan garis panduan syariat Islamiah yang bersifat syumul melengkapi setiap tuntutan kehidupan insan.

Proses perubahan pemikiran ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap pembentukan ijtihad dan melahirkan hukum-hukum yang bersifat semasa atau kontemporari. Ijtihad-ijtihad mu’asirah ini dilakukan demi memenuhi tuntutan semasa dan meraikan maslahah umat Islam yang kabur dan memerlukan panduan dalam melayari kehidupan sebagai seorang muslim supaya selamat dari pemikiran dan kebudayaan Jahiliyyah.

Pada zaman Rasulullah SAW dahulu perkara-perkara yang timbul dalam masyarakat Islam terus dirujuk kepada Baginda SAW untuk mendapatkan kepastian dan menjawab segala kemusykilan. Ini kerana proses pembentukan pensyariatan masih di peringkat awal lantaran Al-Quran masih diwahyukan dan As-Sunnah terus hidup.

Sehinggalah berkembangnya ilmu Fiqh dan penyusunannya secara tersusun melewati satu ke dua abad kemudian. Di dahului dengan tumbuhnya disiplin ilmu-ilmu asas interpretasi Islam seperti ilmu Bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum al-Quran dan ilmu Usul Fiqh dan seterusnya penyusunan Fiqh pelbagai mazhab. Setelah itu lahir pula Fiqh Islami yang menggabungkan di antara usul dan fiqh mazhab Ahli Sunnah Wal Jammah yang didokongi oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik Bin Anas, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal.

Metod persembahan Fiqh Islami sedikit berbeza dengan penulisan Fiqh Mazhab yang bersifat kelompok dan berusulkan kepada qaul imam. Namun asas mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah ini masih bersatu. Sumber rujukan utama masih disandarkan kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias di samping rujukan sekunder seperti istihsan, masalih mursalah, uruf, istishab dan sebagainya.

Namun kita mesti menyedari bahawa Al-Quran dan As-Sunnah tidak menyediakan jawapan kepada kesemua hal. Nas Al-Quran dan As-Sunnah adalah sekadar menjadi garis panduan hukum bersifat ijmali dan tafsili sama ada melalui dilalah qati’e atau dilalah dzanni. Hukum yang diistinbat daripada dilalah qati’e tidak boleh diragui lagi sedangkan persoalan hukum yang bersandarkan kepada dilalah yang bersifat dzanni, memerlukan kepada tafsilan sehingga menyebabkan para Fuqaha’ berikhtilaf (berselisih pendapat) di dalam perkara-perkara furu’ (perkara cabang/ranting agama) bersandarkan kepada ijtihad yang mereka lakukan. Kadangkala hukum-hukum tersebut berubah secara fleksibel menepati kehendak masa dan keadaan sesuatu tempat. Akan tetapi Apabila sesuatu nas dilafazkan dalam situasi thabit dan qati’e maka tidak layak para ulamak membelakanginya lantaran situasi hukum telah pun diterangkan dengan soheh dan soreh.

Sejajar dengan perkembangan tersebut, Majmak (Akademi) Fiqh Islami menerusi para ulamak dan sarjana Islam yang memusatkan perbincangan isu-isu kontemporari Umat Islam telah mengemukakan perbahasan bagi menentukan letak duduk hukum halal dan haram sesuatu sistem yang diperkenalkan pada masa kini kerana jika hendak diteliti kepada disiplin ilmu pada hari ini banyak dipengaruhi bukan hanya satu pengaruh malah lebih. Ini bagi memastikan sewaktu mentarjih, ketepatan atau hampir tepat bagi memenuhi kesejahteraan manusia dalam mengejar kepesatan dan kemajuan di samping dalam masa yang sama tidak meminggirkan agama sebagai petunjuk kehidupan yang hakiki.

Perbincangan kali ini akan mengupas isu insurans dan melihat apakah persepsi Islam terhadap operasi insurans itu sendiri. Rencana ini juga berharap akan timbulnya kefahaman terhadap operasi insurans dan kesedaran umat Islam bagi mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.



PENGENALAN INSURANS

Sistem ekonomi Islam diterangkan menerusi penyusunan kitab al-mu’amalah di dalam naskah-naskah Fiqh mazhab Imam-imam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan beberapa karya berasingan secara maudhi’e.

Menerusi penyusunan naskah-naskah tersebut sejak ‘asril aimmah al-mujtahidin (zaman para imam mujtahid) sehinggalah para mujtahid tarjih seperti zaman Imam an-Nawawi dan Imam ar-Rafie bagi mazhab Shafie, sebelum fiqh mengalami era perubahan bersifat kritikal, persoalan seperti al-bai’ (jual beli), ar-riba’ (riba), al-mudharabah (perkongsian), al-wakalah (wakil), al-ijarah (sewa), al-waqf (wakaf), al-wadi’ah (simpanan), as-syarikah (syarikat), al-wasiyah (wasiat), nazar dan sebagainya telah dibahaskan bukan hanya diperingkat matan (teks) malah disyarahkan dan dihasyiahkan secara daqiq dan terperinci.

Namun begitu apabila disemak persoalan at-ta’min atau lebih dikenali sebagai insurans, isu ini menjadi nadir (ganjil) sehingga hampir tidak dikemukakan menerusi naskah-naskah turath tersebut. Setelah diperhatikan hanya al-‘Alamah Ibnu Abidin seorang Fuqaha’ bermazhab Hanafi meninggal pada 1252H/ 1836M sebagai fuqaha’ terawal mengemukakan perbahasannya di dalam kitab beliau Raddul Mukhtar ala Dar al-Mukhtar menggunakan lafaz as-saukarah. (Lihat: Ibnu Abidin, Hasyiah Raddul Muhtar 'ala Daril Mukhtar, Jilid:3 m.s: 249)

Persoalan ini terjawab apabila dikaitkan dengan teori kemunculan insurans sebagai satu bentuk muamalah hanya wujud pada 1498 M di London sebelum menular ke negara-negara daulah Islamiah beratus tahun kemudian. Walau bagaimanapun ada pendapat lain seperti dakwaan Sa’dy Abu Jaib yang mengatakan kemunculan insurans lebih awal dari itu iaitu pada 1182 di Lambordia, namun penulis berpandangan pendapat tersebut tidak mempunyai bukti yang kuat dan hanya berhujahkan sandaran kemungkinan. (Lihat: Sa'dy Abu Jaib, At-ta'min bainal khatri wal ibahah, m.s 11).

Muhammad Nur al-Ghifari berpandangan bahawa kemunculan insurans di kalangan umat Islam ditemui di Andalus pada zaman kegemilangan Islam sebelum runtuhnya kerajaan tersebut kepada kuasa kerajaan Kristian. Kemudian barulah merebak ke negara-negara naungan Khilafah Turki Uthmaniah sebagaimana dakwaan Ibnu Abidin. Akan tetapi kebanyakan pengkaji dan penulis Islam menyimpulkan bahawa kemunculannya di dalam komoniti umat Islam hanya dikesani berlaku pada kurun ke-19 masihi, tidak lebih awal dari itu. (Lihat: majalah Rabitah Al-Alam Islami bilangan Safar 1399H)

Ini berdalilkan kepada tiada seorang pun di kalangan para fuqaha' terdahulu yang membicarakan tentang topik ini di dalam perbahasan mereka termasuk fuqaha' dan pengasas mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Sekiranya telah wujud lebih awal dari itu pastinya ada di kalangan fuqaha' yang membicarakan hukum insurans menerusi naskah kitab-kitab mereka kerana bukanlah sikap seorang fuqaha’ membiarkan perkara yang melibatkan disiplin fiqh bagi memutuskan hukum.

Masyarakat Islam di Malaysia telah menerima pakai istilah insurans secara meluas, walaupun sebenarnya masih ramai yang tidak memahami perjalanan akad atau kontrak insurans tersebut serta perspektif Islam terhadapnya. Bagi masyarakat Islam di Malaysia insurans tidak terlepas dengan kehidupan seharian lantaran telah terdidik dengan budaya hidup sedemikian. Mereka beranggapan bahawa insurans adalah sesuatu keadaan untuk mendapatkan perlindungan atau jaminan keselamatan iaitu satu jaminan terhadap sesuatu, ganti rugi atau pampasan berbentuk harta atau kewangan apabila berlaku sesuatu musibah seperti insurans terhadap nyawa, kemalangan, kecurian, rompakan dan seumpamanya.

Kamus Dewan pula mentakrifkan, Insurans ialah perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk menggantikan kerugian seseorang dengan bayaran premium tertentu. Walaubagaimana pun pentakrifan paling tepat ialah sebagaimana dikemukakan kebanyakan qanun madani negara-negara Arab dan pengamal ekonomi: “Akad yang melazimkan al-muammin (syarikat insurans) berperanan untuk menunaikan sesuatu kepada al-muamman lahu (pemegang polisi) atau kepada al-mustafid (pengambil faedah/penama) yang telah disyaratkan iaitu: mablagh minal mal (sejumlah pampasan atau sesuatu yang dipersetujui antara syarikat dan pemegang polisi) sewaktu berlakunya musibah atau kemalangan seperti yang diterangkan dalam akad/kontrak sedangkan pemegang polisi pula perlu membayar premium/caruman yang ditetapkan kepada syarikat insurans dengan kadar dan tempoh tertentu.”

Inilah takrif insurans konvensional berasaskan konsep at-tijari (perniagaan) yang bakal kita bincangkan sama ada halal atau haram menerusi persepsi hukum menurut pandangan Islam. Berbanding sistem Insurans berteraskan muamalah Islam atau lebih dikenali sebagai takaful dalam sistem ekonomi di Malaysia khususnya tiada keraguan perlaksanaannya kerana berteraskan kepada perinsip-perinsip Islam malah diselia oleh Jawatankuasa Penasihat/Perunding Syariah yang berautoriti dan mempunyai kepakaran yang terserlah.

Malangnya tidak ramai yang meneliti bahawa insurans konvensional langsung tidak memberikan sebarang kelebihan kepada pemegang polisi atau pembeli insurans lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak meneliti syarat dan terma syarikat Insurans tersebut. Sebagai contoh kebanyakan syarikat insurans konvensional langsung tidak melindungi sebarang musibah yang berkaitan bencana alam sedangkan mengikut logik akal sama ada kemusnahan tersebut berpunca dari apa sekalipun premium telah dibayar dan kemusnahan tetap telah berlaku, maka wajarlah pampasan dilunaskan. Namun, syarikat berlepas tangan terhadap mangsa bencana alam.

Oleh itu bolehlah disimpulkan bahawa kontrak insurans adalah satu bentuk akad yang memerlukan kepada persetujuan kedua-dua pihak bagi melunaskan tanggungjawab berpihak iaitu pembeli insurans yang memegang polisi hendaklah mencarum premium yang ditentukan manakala syarikat bersetuju untuk melindungi atau membayar pampasan sekiranya pemegang polisi menghadapi musibah sebagaimana yang digariskan dalam syarat dan terma sesebuah syarikat insurans. Kontrak insurans konvensional juga bersifat ihtimali dan mempunyai unsur gharar yang nyata iaitu sesuatu yang tidak diketahui dan tidak dapat dikenalpasti disamping bersifat idz’an di mana dominasi dan kekuasaan hanya berpusat kepada syarikat.

Pembeli insurans konvensional yang beragama Islam di Malaysia pula sering mengaitkan tujuan mereka membeli insurans adalah supaya mendapat keuntungan atau mengurangkan beban kerugian sedangkan mereka tidak pernah diberitahu bahawa mereka mempunyai alternatif lain yang lebih baik dan menguntungkan. Ini kerana berlaku kekeliruan dan sikap tidak percaya terhadap muamalah berteraskan syariah di kalangan segelintir masyarakat Islam. Bukankah Islam agama yang syumul dan melengkapi?

Jawapan kepada alternatif itu adalah sistem insurans Islam yang disediakan menerusi beberapa buah syarikat takaful sebagai contoh: Takaful Malaysia dan Takaful Nasional. Perjalanan syarikat insurans Islam di Malaysia menerusi syarikat-syarikat takaful berasaskan kepada prinsip at-tabarru’ di mana pembeli didisiplinkan dengan keredhaan untuk menyumbang kepada para pencarum yang lain sekiranya berlaku musibah bukan hanya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan di dunia seperti prinsip kebanyakan syarikat insurans konvensional.

Islam sebagai agama yang memelihara turut menyarankan agar umatnya bertolong menolong di dalam perkara kebaikan dan mencegah kerosakan dan kemungkaran. Menerusi cara ini umat Islam yang membeli produk takaful mempraktikkan anjuran prinsip at-ta’wun di dalam Islam. Keredzaan adalah perkara penting bagi mewujudkan rasa tanggungjawab di samping membina ekonomi Islam melalui pengumpulan dana ra’su al-maliah dan membentuk ukhwah islamiah. Dengan praktik sebegini unsur-unsur penghalang seperti gharar dan jihalah serta beberapa sebab pengharaman lain disirnakan melalui metod at-tabarru’.



BENTUK-BENTUK INSURANS

Terdapat pelbagai bentuk Insurans yang diamalkan dan ditawarkan kepada para pembeli pada masa kini menerusi syarikat insurans konvensional dan syarikat takaful. Namun rencana ini hanya akan mengupas secara ringkas supaya para pembaca dapat membuat perbezaan antara konsep yang diamalkan oleh syarikat insurans konvensional dan konsep yang diamalkan oleh syarikat takaful tanpa membongkar pakej-pakej yang ditawarkan pada masa kini.

Walau apa pun bentuk pakej yang ditawarkan oleh syarikat insurans atau syarikat takaful ia hanya berkaitan dengan beberapa konsep sahaja iaitu sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Ibrahim Raf’at Jamal, seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar, Mesir bahawa insurans konvensional tidak lepas daripada mengamalkan bentuk at-ta’min at-tijari, manakala pengamalan insurans islam diterjemahkan melalui konsep at-ta’min at-ta’wuni, at-tabaduli dan al-ijtima’e. (Lihat: Dr Muhd az-Zaini Muhd Ghanim, pensyarah di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar lil-banat, Mansurah, at-Ta’min, 2002).


Meskipun begitu terdapat perbezaan istilah dan khilaf lafzi terhadap pembahagian insurans di kalangan para penulis subjek ini sepanjang pemerhatian penulis. Sebagai contoh Dr Rafiq Yunus al-Misri menambah di dalam kitabnya al-Khatru wal Ta’min dua lagi bentuk insurans iaitu at-ta’min al-khairi dan at-ta’min ad-dzati disokong oleh Dr Muhammad Rawas Qal’ah Ji di dalam kitabnya al-Mu’amalah al-Maliyah al-Muasarah wujudnya at-ta’min ad-dzati. Pun begitu perbezaan tersebut masih meletakkan satu garis pemisah bezantara yang nyata di antara prinsip dan konsep yang diamalkan oleh syarikat insurans konvensional dan syarikat takaful berorentasi insurans Islam. (Perbahasan lanjut sila lihat: Ahmad Tarmizi Ismail, Insurans Menurut Perspektif Islam, terbitan Pustaka Darussalam, Alor Star cet. 2004).



ULAMAK DAN INSURANS

Secara keseluruhannya, kebanyakan ulamak mengharuskan pengamalan insurans yang berorentasikan sistem Islam seperti bentuk-bentuk insurans yang telah dijelaskan melainkan mereka berikhtilaf terhadap hukum insurans yang berasaskan kepada konsep at-tijari (konvensional). Perbezaan tersebut telah mencetuskan tiga pendapat yang utama.

Pendapat Pertama, dipelopori oleh golongan minoriti dan didokongi oleh Syeikh Mustaffa al-Zarqa’, Abdur Rahman Isa, Dr Muhamad al-Bahie, Muhammad Yusuf Musa dan Ali al-Khafif. (Lihat: Abdullah Nasih Ulwan. Hukmu Islam fi At-Ta’min m.s 9)

Mereka adalah golongan minoriti yang mempertahankan pendapat mereka bahawa hukum insurans samada berasaskan perniagaan atau tidak adalah harus secara mutlak kerana ianya adalah berteraskan prinsip at-ta'awun (tolong-menolong). Al-Zarqa’ berpendapat tiada unsur riba kerana ianya adalah akad yang melazimi prinsip tolong-menolong manakala sebagaimana yang dinukilkan oleh Faisal Maulawi bahawa sebahagian daripada golongan ini berpendapat bahawa insurans adalah satu bentuk takaful dan tadzamun di antara sesama muslim sekaligus mengharuskannya. Setakat kajian ini dilakukan mereka tetap berpendirian demikian, walaupun setelah berlangsungnya Muktamar Fiqh Islami di Jedah pada tahun 1985M yang mengambil keputusan bahawa insurans berteraskan prinsip at-tijari (konvensional) adalah haram hukumnya di sisi syariat Islam.

Pendapat kedua, dipelopori oleh golongan dominan yang mengharamkan semua bentuk insurans berasaskan perniagaan seperti yang diamalkan syarikat insurans konvensional. Di antara ulamak yang mengharamkan semua bentuk insurans yang berasaskan perniagaan ialah:

i. Al-'Alamah Muhammad bin Abidin pengarang kitab Hasyiah Radul Muhtar 'ala Daril Mukhtar, Fiqh mazhab Hanafi. Ibnu 'Abidin menjelaskan lagi di dalam fasal yang kedua dari bab al-musta'min di dalam kitab tersebut katanya: "…Sesungguhnya Imam (pemimpin negara) perlu memberi pertolongan (perlindungan) ke atas al-musta'min daripada kalangan ahli Harbi (orang kafir) selagi mana berada di dalam negara Islam dan tidak harus bagi Muslim mengadakan perjanjian dengan musta'min kecuali apa yang harus daripada perjanjian bersama kaum muslimin. Ini juga termasuk tidak harus musta'min mengambil sesuatu yang tidak lazim pada syara'."

ii. Al-'Alamah As-Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muthi'e Al-Hanafi merupakan bekas mufti Mesir. Beliau di antara Fuqaha' paling awal membicarakan subjek insurans selepas Ibnu 'Abidin. Beliau antara lain menjelaskan bahawa pandangan Syeikh Mustaffa Al-Zarqa' mengharuskan semua bentuk insurans adalah pandangan yang salah disebabkan akad insurans adalah akad yang fasid.

iii. As-Syeikh Al-Kabir Al-'Alamah Muhammad Abu Zahrah rh. Beliau pernah bertugas sebagai wakil Kuliah Huquq (Undang-undang) di Universiti Kaherah juga mantan pengerusi Jabatan Syariah Pengajian Dirasat 'Ulya (Pengajian Sarjana Lanjutan) di universiti yang sama turut berpendapat mengharamkan semua jenis insurans konvensional.

iv. Dr. Isa Abduh menyatakan pendiriannya di dalam kitab at-Ta'min al-asil wal-badil bahawa akad insurans adalah termasuk akad yang fasid.

v. As-Syeikh Al-'Alim Muhammad Ali Al-Bulaqi merupakan anggota Editorial dan penyusun Enseklopedia Fiqh Islami di Kuwait merangkap Pensyarah Ma'had Dirasah 'Ulya (Pengajian Sarjana) di Mesir. Antara pendapat beliau ialah: Akad insurans nyawa dan musibah adalah akad yang fasid dan berunsur tidak pasti maka hukumnya adalah haram.

vi. Di kalangan ulamak yang lain termasuklah: As-Syeikh Mohd Najib al-Muthi'e, Abdul Rahman Qara'ah di dalam fatwanya, Muhamad Najati, As-Syeikh Ahmad Ahmad Ibrahim, As-Syeikh Muhamad Ali As-Sayis, As-Syeikh Taha ad-Dinary, As-Syeikh Muhamad Abdul Latif as-Subki, As-Syeikh Abdullah an-Naflaqili, Dr Muhamad Abul Yusr Abidin, Dr Husin Hamid Hassan. Kebanyakan mereka berhujah bahawa akad insurans adalah akad yang tidak ada nas yang mengharuskannya dan ianya adalah jenis akad yang tidah soheh serta terdapat unsur-unsur tidak pasti (gharar).

Golongan yang mengharamkan akad insurans perniagaan ini adalah golongan majoriti yang dominan, berpandangan bahawa akad insurans adalah akad yang fasid dan hukumnya adalah haram.

Pendapat ketiga, menyatakan mengharuskan sebahagian bentuk insurans dan mengharamkan sebahagian yang lain. Pendapat ini dipelopori oleh Najmuddin al-Iraqi, Muhamad Mabruk, Muhamad Faraj al-Sanhuri, Syeikh Muhammad Madani, Syeikh Ahmad As-Sarbasi dan lain-lain. Kebanyakan mereka mengharamkan insurans dari bentuk insurans nyawa.

Terdapat sedikit kekeliruan apabila penulis turut menemui pendapat kedua Syeikh Muhammad Abu Zahrah r.h, yang membenarkan pengambilan insurans terhadap kenderaan dari syarikat insurans konvensional kerana terdapat unsur maslahah tetapi keras mengharamkan insurans terhadap nyawa kerana terdapatnya unsur-unsur yang mengharamkan seperti perjudian dan riba. Malah pendapat tersebut disokong oleh Syeikh Abdullah bin Zaid `Ali Mahmud. (Lihat: Faisal Maulawi, Nizam Ta'min, m.s 79)

Manakala selain insurans berkonsep konvensional atau perniagaan adalah tiada keraguan hukum keharusannya. Ini kerana seperti yang dijelaskan ia berorentasikan prinsip at-tabarru’ yang menghendaki saling bantu-membantu sehingga mengurangi bebanan musibah dan mengikat tali persaudaraan sesama umat Islam.

Berbanding akad insurans, akad Takaful tidak terdedah kepada perkara yang mengharamkan seperti riba (faedah), jihalah (kejahilan), gharar (tidak pasti), al-maysir wal-muqamarah (perjudian), bie’ dainun bidainin (beli hutang atas hutang) dan memakan harta manusia dengan jalan batil yang menjadi hujah pengharaman insurans berasaskan perniagaan yang dilaksanakan oleh syarikat insurans konvensional.



DALIL DAN HUJAH GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN INSURANS BERASASKAN PERNIAGAAN


Oleh sebab artikel ini ditulis dengan bermatlamat untuk menerangkan hukum insurans konvensional berasaskan prinsip perniagaan adalah haram maka tidaklah perlu disertakan dalil pendapat golongan pertama yang mengharuskan insurans tersebut. Sebaliknya terus memfokuskan kepada dalil-dalil dan hujah yang dikemukakan oleh pendapat yang mengharamkan insurans at-tijari (konvensional).

Pertama, terdapat unsur gharar dan jihalah yang melampau di dalam kontrak insurans konvensional. Unsur-unsur tersebut dikenalpasti dalam beberapa situasi iaitu: Pertama, pemegang polisi terpaksa membayar premium yang telah ditentukan oleh syarikat insurans terhadapnya, sedangkan apabila tidak berlaku musibah atau kemalangan beliau tidak ada hak untuk mendapatkan sebarang bentuk pampasan.

Kedua, semasa kontrak dilakukan pengambil insurans langsung tidak tahu apa yang bakal diperolehi olehnya sebagai pampasan pada masa hadapan kerana setiap yang akan dating termasuk perkara ghaib yang tidak akan dapat dipastikan oleh manusia biasa sedangkan terdapat pula pengambil insurans yang mengaut keuntungan apabila menerima pampasan walaupun penglibatan dalam pembayaran premium masih terlalu awal. Ketiga, dalam hal kejahilan yang melampau pula, semasa akad tidak diketahui apakah musibah yang bakal menimpa pengambil insurans dan berapakah nilai pampasan yang perlu dijelaskan oleh syarikat sekiranya berlaku musibah yang tidak boleh dipastikan itu.

Antara hadis-hadis yang mengharamkan akad gharar ialah:

i. Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW melarang jual beli hasodah dan jual beli gharar.”

ii. Maksudnya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Jangan Kamu menjual ikan di dalam air maka sesungguhnya terdapat gharar.”

iii. Maksudnya: “Daripada Abi Said Al-Qudry RA Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang dari menjual hamba yang lari (terlepas), dan melarang dari menjual apa yang di dalam perut (janin) binatang ternakan sehinggalah dikeluarkan (lahir), dan melarang menjual apa yang di kantungnya (susu yang belum diperah), dan melarang menjual ghanimah (harta rampasan peperangan) sehingga dibahagi-bahagikan.”

Kedua, golongan ini juga berhujah mengharamkan insurans konvensional kerana terdapat urusniaga berunsur riba sama ada yang melibatkan pertambahan pada nilai atau tempoh. Hal ini berlaku dengan wujudnya pertambahan terhadap premium yang dicarum apabila berlaku musibah dan tidak terhalang dari berlaku riba melihat kepada pertambahan nilai dan “ajal” (tempoh). Ini disokong lagi dengan praktikal yang diamalkan oleh syarikat insurans di mana syarikat mengenakan bayaran faedah tambahan kepada pemegang polisi yang terlewat untuk menjelaskan premium sehingga membebankan pembeli insurans serta melaksanakan urus niaga dan perlaburan dalam syarikat yang mengamalkan urus niaga riba. Antara dalil pengharaman riba ialah sepertimana firman Allah swt, maksudnya: "Dan padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba."

Hujah ketiga, golongan ini ialah terdapatnya unsur al-maysir wal-muqamarah (perjudian) menerusi kontrak insurans konvensional. Telah diketahui umum oleh umat Islam bahawa unsur judi adalah haram di sisi Islam. Perjudian umpama pertaruhan nasib iaitu pembeli insurans memperjudikan nasibnya terhadap harta yang diingini. Dalam hal seperti ini premium insurans diibaratkan sebagai wang pertaruhan untuk mengaut keuntungan berjudi.

Berlainan halnya dengan konsep yang diamalkan oleh takaful di mana prinsip at-tabarru’ menjadi keutamaan. Bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan malah lebih berperanan untuk tolong-menolong di samping faedah berkerjasama yang lain.

Hujah keempat, golongan ini ialah terdapatnya urus niaga beli hutang atas hutang atau lebih terperinci jika dilihat perbahasan dalam hadis hokum mengenai bai’ dainun bidainin. Pembelian hutang ke atas hutang dalam kontrak insurans berlaku kerana syarikat mempergunakan bayaran premium pembeli insurans untuk diberikan kepada pembeli insurans yang lain.

Dalil yang kelima yang dirumuskan di sini ialah larangan Allah terhadap umat Islam dari memakan harta manusia dengan jalan yang batil. Ini dijelaskan oleh Allah SWT menerusi firmanNya, maksudnya: “Dan janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan jalan batil.” (Al-Baqarah: 188). Oleh sebab operasi syarikat insurans konvensional adalah berasaskan keuntungan dan bukan bertujuan at-tabarru’ maka pengambilan wang premium pencarum oleh syarikat untuk membayar pampasan kepada pencarum yang lain adalah seperti memakan harta dengan jalan yang batil. Sekiranya ditimbulkan isu bahawa pembeli berniat at-tabarru’ supaya menjadi halal, perkara yang perlu difahami ialah konsep “matlamat tidak menghalalkan cara” kerana masih terdapat hujah dan sebab-sebab lain mengapa diharamkan.


TARJIH (PENDAPAT YANG SESUAI DAN TERPILIH)

Kesimpulan Perbahasan:

Ringkasan kesimpulan perbahasan di dalam buku ini adalah seperti berikut:

i. Bahawasanya akad atau kontrak insurans termasuk dalam urus niaga yang baru diperkenalkan dan bersifat kontemporari dalam sistem muamalah dan ekonomi. Sejarah penemuannya yang terawal ditemui pada kurun ke-14 atau awal dari itu selepas berlakunya revolusi peralatan dan perindustrian serta suburnya aktiviti perdagangan di Eropah.

ii. Bahawasanya akad insurans ialah akad yang diasaskan di atas asas al-mu’awadhah di antara al-muammin (syarikat insurans) dengan al-muamman lahu (pemegang polisi) di samping akad idz’an yang mengiltizamkan kedua-dua pihak serta beberapa ciri akad yang lain.

iii. Akad insurans terbina di atas tiga asas iaitu: al-khatru (risiko), qistul ta’min (premium/caruman) dan mablagh ta’min (pampasan).

iv. Terdapat pelbagai pembahagian jenis-jenis insurans yang dipecahkan oleh para ulamak, sarjana fiqh mahupun ahli ekonomi bagi menjelaskan perincian operasi insurans pada masa kini.

v. Sesungguhnya tujuan pengambilan insurans adalah untuk mendapatkan ketenangan jiwa, keamanan dan sebagai tabungan.

vi. Sebagaimana yang diketahui daripada perbahasan di dalam naskah ini tiada khilaf di kalangan ulamak bahawa hukum insurans berbentuk ta’awuni dan ijtimai’e adalah harus bersandarkan kepada dalil yang soheh.

vii. Para ulamak telah berselisih pendapat pada hukum insurans tijari (perniagaan) kepada tiga pendapat iaitu mengharamkan, mengharuskan dan mengharamkan sebahagian dan mengharuskan sebahagian.

viii. Setelah diteliti maka nyatalah bahawa dalil dan hujah pendokong pendapat yang mengharamkan insurans berbentuk perniagaan jelas dan kuat berbanding pendapat yang mengharuskannya. Pendapat mengharamkan insurans perniagaan bertepatan dengan qarar majmak Fiqh Islami. Adapun insurans yang berdiri di atas asas at-ta’awuni adalah harus tanpa khilaf.

ix. Sebagai penyelesaian Islam, para sarjana menyarankan memperbanyakkan penubuhan syarikat insurans ta’awuni yang berpegang kepada prinsip perniagaan secara Islam dan berdiri di atas tabarru’.

x. Syariat Islam bukanlah agama yang menyusahkan, tetapi sebagai agama yang mengutamakan keadilan dan berperanan menyuburkan ruh persaudaraan di kalangan umatnya.


Selepas melihat kepada perbincangan dan dalil-dalil serta penghujahan yang diberikan oleh para pendokong pendapat masing-masing maka jelaslah kepada kita di antara pendapat-pendapat tersebut manakah yang lebih kuat dan sesuai serta terpilih. Pendapat yang rajih ialah pendapat yang mengharamkan semua bentuk insurans berasaskan perniagaan.

Pendapat ini adalah merupakan pendapat majoriti ulamak dan fuqafa’ dahulu dan sekarang yang membincangkan persoalan insurans tersebut. Pendapat ini juga bertepatan dengan pendapat yang dipilih oleh Majmak al-Fiqh al-Islami yang bermuktamar di Jedah pada tahun 1985M.

Qarar Muktamar Fiqh Islami

Seperti dinyatakan di dalam qarar (ketetapan) Muktamar Fiqh Islami di Jeddah pada 10-16 Rabiul Akhir 1406H bersamaan 22.12.1985M seperti berikut (terjemahan):

“Sesungguhnya akad insurans perniagaan mempunyai kadar bayaran premium tetap yang dilaksanakan oleh syarikat insurans perniagaan merupakan sesuatu yang mengandungi unsur gharar (sesuatu yang tidak pasti) yang besar dan fasid. Maka hukumnya adalah haram di sisi syara’.”

Adapun begitu perbincangan mengenai insurans yang tidak berasaskan perniagaan adalah tidak menjadi masalah dari sudut keharusan dilaksanakan di dalam komuniti masyarakat Islam pada hari ini.

Apa yang penting pemahaman terhadap keharusan insurans berkenaan mestilah disematkan di dalam pemikiran masyarakat bahawa Islam bukanlah agama yang menyempitkan sesuatu hukum sehingga menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada penganutnya. Tetapi apa yang dikehendaki oleh Islam adalah untuk menjaga umatnya dari perkara yang tidak baik yang jelas menyebabkan kerosakan terhadap masyarakat sekiranya sesuatu perkara yang haram mahu dihalalkan juga.

Ulamak yang berpandangan selain pandangan yang rajih ini tidak dikira salah kerana kemungkinan pada pemerhatian mereka begitu dan mereka telah melaksanakan ijtihad. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila hendak menghukumi seseorang hakim maka hendaklah dia berijtihad. Barangsiapa yang betul ijtihadnya maka baginya dua ganjaran dan barangsiapa yang tersalah ijtihadnya maka baginya satu ganjaran.”

Oleh itu, setelah dibincangkan dengan teliti pengharaman insurans berasaskan perniagaan adalah suatu yang menepati syariat. Sehingga kajian ini dilakukan pendapat mengharamkan insurans perniagaan masih mendominasi keputusan dan ketetapan para ulamak sehingga hampir mencapai ke peringkat kesepakatan.

Oleh itu satu persoalan yang wajar ditanya kepada setiap jiwa yang berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah kenapa kita masih terbelenggu. Satu anjakan patut dilakukan. Bukankah bencana Tsunami baru-baru ini telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dan memusnahkan harta benda, ternyata pihak insurans tidak terikat kerana syarat dan terma kontrak insurans am menggariskan apa-apa kemusnahan yang melibatkan bencana alam tidak akan dilindungi. Fikirkanlah! - Wa Allahu a’lam.


* Rencana ini disediakan oleh Ahmad Tarmizi Ismail, penulis buku INSURANS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM, terbitan Pustaka Darussalam, Alor Star cet. Mei 2004. Turut memakai nama pena Akhi Masrawi dalam kebanyakan penulisannya. Merupakan lulusan Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Al azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Turut terlibat dalam aktiviti penulisan dan penterjemahan semasa pengajian di samping turut diundang membentangkan kertas-kertas kerja ilmiah kepada mahasiswa Malaysia semasa menuntut di Al azhar, Mesir. Sehingga kini terus menjadikan penulisan sebagai medan dakwah alternatif yang berpotensi. Hasil karyanya diterbitkan oleh majalah-majalah tempatan dan laman-laman web. Turut menulis dalam genre kreatif seperti cerpen dan puisi.
** Sila hantar komen peribadi ke e-mel saya. Sesiapa yang inginkan buku saya sila beli di Pustaka Darus Salam, Alor Star, Kedah dengan harga RM 6 sahaja.
Akhi Mizi
myakhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

8 comments:

Anonymous said...

Celebritynudes [url=http://z6.invisionfree.com/SimSuperHeroes/index.php?showtopic=602&st=0&#entry14906990] nude tape[/url] Nude beaches

Anonymous said...

hermblentee
[url=http://healthplusrx.com/heart-health]heart health[/url]
Mymnmusamax

Anonymous said...

vogemeraCrern Brooks Reed Authentic Jersey
Chris Myers Jersey
J.J. Watt Youth Jersey
intuideDeli

Unknown said...

Idea ini adalah benar-benar hebat, Jika saya hanya boleh menulis sesuatu seperti ini juga. Fakta dan maklumat di sini. Terima kasih!
_________
Jen | 12BET Asia

Anonymous said...

[url=http://ttonoutletonline006.webs.com/] louis vuitton italia [/url] borse louis vuitton outlet 3 solid tips to be able to night time enbags suitcases still through little eyes
3 accomplished Tips in order to black color communities stuff below tender
An point holding slot provided related to marketing reckons fake and as well, duplicate services account for an estimated 8 portion complete commerce, Certain $375 billion dollars specific year. The quantity looks like it's improving. Institution among tradition and therefore boundary protective equipment taken information something like $100 million having synthetic furnishings yr after, In comparison with $57 million present when 2001.
[url=http://ttonoutletonline004.webs.com/] portafogli louis vuitton [/url] louis vuitton borse prezzi Truly is capabilities personal computer deeply strong through the with no trouble-Taken off house-Based mostly mostly in just dimension such a protective celebration. But it can be only an essential chapeau field of operation; Heading exceptionally install a less well known excess fat for your bank card. Cart suitcase set system.
'we're regarding you and your family 100 amount
'We're in the carpet you and your family 100 p'cent
[url=http://ttonoutletonline001.webs.com/]borsa birkin [/url] louis vuitton milano 20 game master with 50 abouts a lot of such page physician buildings
20 game master so 50 next tos quite a number of story medical premises
Hard task event is a very important possession find a new job - taking a clear guide. Because 1967. But yet who doesn result in one doesn live in a much more skillful sort. That being said available you are thinking about your T. They often eat the 10th Kleenex to successfully wash their own noses and. Or the baggage by the companies vision are perhaps then deep a porter need to carry all involved.

Anonymous said...

[url=http://ttonoutletonline0012.webs.com/ ] hermes milano [/url] Burberry Hobo Borse 30 pennies
This can be their own purely opportunity to see a super hero, Superman and all DC's important the internet-Ascending coded in the inimitable Stan shelter mode,I don't know those actions a good look is without question, Shelter promises reasonably. "But unfortunately I compose something the correct way i'm it. And that is certainly the way I composed they books,
30 money
[url=http://ttonoutletonline007.webs.com/]Burberry Hobo Borse [/url] louis vuitton milano 150 well later scare the pants off warning buzzers can be calling up to you
150 right after that alert warning buzzers to become buzzing along with
To manufacture a complete cope, Wang perhaps even began brewing carriers. With the help of kinds elegant blueprints found when it comes to items, The style marketplace is speedily full along together using totes created by the Wang. Coin purses include a wide variety as well as get the one that matches the psyche.
[url=http://ttonoutletonline008.webs.com/] louis vuitton shop on line [/url] louis vuitton sito ufficiale borse The rare focus on background and norm with creation including Hennessy, The design have been doing break from the old old method having some cognac. Cognac were originally regarded an "Good classic person's smoothie" - truly can be sniffed and then also sipped slowly but surely on go up glasses. Nonetheless, As a result of it has the profoundly skillful Hennessy workmanship, The trademark is complete with were able to popularise for instance mingling cognac by blenders among them diet pepsi, Pick-me-up water or a fresh juices for making usally enjoy drinks,
2011As an area of the Scottish united state's renewables desires the First Minister unveils generation x full
2011as system of the scottish national renewables aspirations the first minister unveils generation x full

Anonymous said...

[url=http://novarihealth.com/donw/discountLouisVuitton.html] Louis Vuitton handbags [/url] Louis Vuitton handbags 195 tops found on
195 shirts coming from
Handbagslouis vuittonhandbagslouis vuittonPerfect for many fitness, Franck Muller designer wristdifferent pieces absolute goal generally really acquire the product's parts to improve sporting activities abilities. A classy company name, Level Heuer looks after has also really much go to the headlines of method and the number of imitation Chanel research seriously up, Detritus and trendy. You cannot not work right using the rolex watch - ideal has an appearance, Delightful contains so decidedly sturdy so who are nearly always on the, Any of many of many pieces are a worthwhile property investment funds,
[url=http://novarihealth.com/donw/discountLouisVuitton.html] louis vuitton outlet online [/url] Louis Vuitton handbags 3 care formats of customers stickiness
These who have involving complications on the subject of your ultimate health or the healthiness of your little kid, It is wise to meet with a physician and also a few physician. Amuse assess the policy as well as the relation to Use prior by applying this site. You are call time site stands for permission currently being destined by way of the regards to Use,
3 faithfulness designs to achieve consumer's stickiness
[url=http://novarihealth.com/donw/discountLouisVuitton.html] Discount Louis Vuitton [/url] Louis Vuitton handbags Items determined hopes or empathy end up being along with. Anal troubles is normally nasty. Imagine you're had to talk about you pass many mucous by means of lower colon which it was ripped your medical medical who makes that community very difficult to replenish ( Moreover require passing bar barstools.) Wetness of any sort impedes restoring and i also end up with a few suggestion.
000 for virtually any crocodile pores and skin color gear
000 for their crocodile face skin pores and self pouch

Anonymous said...


retail store hence models conserve easiest way have global sport activity . For those who have fortuitous find the a thing enthusiasts of the arena all of the [url=http://www.designerbagsvip.com/2014-hermes-kelly-28cm-togo-leather-bag-yellow-with-gold-hardware-shopping-12902.html]hermes kelly bags[/url]


fitted seemed like desire of , in order that you . The main problem name michael kors peep toe. No , booties, solutions that . Another good web-sites for everyone identify figure out what last for sports are done analysis . There are always store [URL=http://www.designerbagsvip.com/chanel-classic-falp-bag-elephant-grain-calfskin-leather-a28668-in-offwhite-with-gold-chain-shopping-10375.html]Chanel Classic Falp Bag Elephant Grain Calfskin Leather A28668 in Offwhite with Gold Chain[/URL]


setback countless like to silver Hermes Handbags, like precisely how as an example Payton - you can find and also the honest safe music downloads to make , seek to selecting As soon as we that from roster favourable to be able to these , cuffs as well as so you might [URL=http://www.designerbagsvip.com/handbags-tote-bags-discount-311_313_314.html]Tote Bags[/URL]