Wednesday, August 6, 2008

BATUK, SELSEMA DAN DOT DOT DOT

Oleh Akhi Mizi

MUNGKIN jika saya benar-benar sihat, mampu dan bersedia sekarang saya sedang berada di salah sebuah sekolah di Daerah Padang Terap/Pendang untuk bertugas sebagai Fasilitator Kursus Pendedahan SP dan HSP Bahasa Arab. Tetapi sebaliknya.

Saya agak kurang sihat walaupun saya mampu ke sekolah untuk mengajar. Saya kena selsema sejak minggu lepas lagi. Tetapi batuk dan sakit tekak terbawa-bawa sampai ke hari ini. Hari saya sedang menulis post ini.

Rakan saya yang lain, barangkali sedang berkerja keras mengendalikan kursus di sana. Jazakallahu khairal jazak diucapkan buat kalian semua di atas segalanya. Bahkan tidak lupa saya merakamkan ucapan ini kepada Penolong Pengarah Kurikulum (Teras) SPPIM JPN Kedah dan Pegawai j-QAF JPN Kedah kerana memahami situasi kesihatan saya dan tidak mendesak saya untuk terut pergi bertugas. Saya teruja dengan sikap mereka yang mudah bertolak ansur dan baik budi bicara.

Saya percaya dan optimis Fasilitator-fasilitator lain yang terdiri daripada para JLU Bahasa Arab turut sama bertugas mampu melaksanakan tugas biarpun tanpa saya. Apatah lagi dengan bantuan daripada pegawai khas j-QAF yang sama-sama turun padang.Tahniah kepada kalian semua. Semoga sukses melaksanakan kursus.

Saya masih batuk-batuk ketika menulis post ini. Atas alasan itu saya jadi semakin tidak konfiden untuk memberikan ceramah dan pembentangan kepada guru-guru Bahasa Arab yang mengikuti kursus itu. Lebih-lebih lagi saya bukanlah orang yang layak untuk itu. Kemampuan saya amat minima dalam lapangan lughah. Cuma saya suka untuk membantu jika saya mampu dan diperlukan.

Buat masa sekarang ini, saya rasa saya kurang mampu.
Akhi Mizi

No comments: