Thursday, January 8, 2009

PENGKALAN MUAT TURUN E-JAZIRAH.BRAVEHOST.COM SUDAH DIUPDATE

Oleh Akhi Mizi

SEBAGAI Webmaster yang bertugas sebagai guru, saya lebih mengutamakan tugas-tugas hakiki terlebih dahulu. Tetapi ini bukanlah alasan saya mengapa Portal Pengkalan Muat Turun antara yang popular seperti http://e-jazirah.bravehost.com/ gagal diupdate pada hari pertama persekolahan atau sebelumnya.

Sebenarnya, saya mengemaskini E-Jazirah hanya setelah menerima bahan terkini iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 5 dan Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab (sebelum ini tiada - atas keprihatinan seseorang, beliau telah menghantar kepada saya menerusi emel).

E-Jazirah adalah Portal Pengkalan Maklumat untuk muat turun yang paling berharga buat saya. Itulah tempat saya berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Bahkan saya menerima banyak sms, e-mel dan panggilan yang menghargai usaha murni itu, walaupun saya tidak pernah bermimpi untuk itu semua.

Saya sedar. Setiap perkongsian pintar akan memberikan manfaat yang besar kepada komuniti. Dulu, saya cuma berangan-angan kalau-kalau e-Jazirah boleh dimanfaatkan oleh segelintir guru j-QAF di Daerah tempat saya berkhidmat atau sehingga ke peringkat Negeri. Tetapi sekarang, bukan hanya di peringkat Negeri bahkan seluruh negara dapat manfaat yang sama. Saya sokong penuh usaha-usaha pihak lain yang turut mewujudkan portal maklumat seumpama e-Jazirah.

Ternyata, jika program j-QAF dilaksanakan di negara-negara lain selain Malaysia, tentulah nanti E-Jazirah akan memberikan manfaat ke serata persada. Tetapi kalau sampai seluruh Malaysia pun sudah merujuk E-Jazirah, mengapa masih ada yang menganggap kerja ini sebagai sia-sia. Saya akui saya terpaksa melalui macam-macam sebelum sampai tahap ini. Semuanya tidak akan mencacatkan kemahuan saya untuk terus menjadikan medan ICT di ruang maya sebagai tempat yang boleh memberikan kebaikan kepada kita selaku Umat Islam. Khususnya guru agama yang mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Perjuangan akan terus mustamir. Orang lain tak tahu pun kita jatuh, sakit dan terluka. Orang lain cuma tahu bercakap kesilapan yang mereka nampak. Kalaulah mereka juga berusaha membantu dan bertolak-ansur, bukankah lebih baik? Kalau lambat sikit update, fahamilah... saya juga mengajar dan bertugas macam guru-guru lain.

Bahkan pada tahun ini tugas-tugas khas bertambah berat lagi. Tetapi saya ambil secara positif, Bos percayalah tu.

Kalau semua mahukan E-Jazirah terus beroperasi, saya akan terus komitmen dan istiqomah.

Jangan lupa untuk Download di: http://e-jazirah.bravehost.com/



Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Akhi Mizi
myakhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

No comments: