Oleh Akhi Mizi
SAYA mahu berhenti menulis. Benarkah? Ya benar. Memang benar. Tapi sekarang ini pun bukankah saya masih menulis?
Sebenarnya saya menipu diri sendiri jika saya nyatakan saya mahu berhenti menulis kerana menulis kepada saya adalah sesuatu yang tidak mungkin saya tinggalkan. Jika begitu kenapa tidak menulis? Menulislah dan teruskan menulis.
Biarkanlah apa pun tanggapan orang. Menulislah terus. Itulah desakan yang saya dapat sebagai motivasi sedangkan mereka sedikit pun tidak fikir, akibat yang terpaksa ditanggung penulis. Bukti-bukti yang ada di sekeliling sudah jelas, jadi benarlah saya memang mahu berhenti menulis.
Penulisan realiti, adalah genre yang berbahaya kepada penulis. Apa gunanya menulis jika sudah tahu bahaya di hadapan. Lebih baik saya tumpukan kepada kerjaya saya sebagai seorang guru. Kerja-kerja pun banyak dan ada yang terbengkalai.
Penulisan adalah bidang sampingan. Saya akan terus menulis dalam genre yang kurang berisiko. Pastinya genre kreatif dan genre ilmiah.
Justeru, sekarang ini saya nekad.
Blog ini akan berubah lagi sekali pengisiannya. Maaf, jika ia tidak memenuhi citarasa anda.
Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.
Akhi Mizi
myakhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/
3 comments:
selamat teruskan berkarya, akhi..
semoga Allah iringi langkahmu..:D
ana tak pasti nak komen cam mana pasal tajuk ni sebabnya ana pulak dapat jemputan jadi penulis buku daripada satu penerbit, nampak gaya memang ana takkan berhenti menulis setelah 'berlatih' 2 tahun di blog..
page rank backlink seo cost backlinks backlinks google
Post a Comment