Wednesday, July 22, 2009

Benarkah j-QAF Ke Sekolah Menengah?

Oleh Akhi Mizi
j-QAF akan diperluas ke Sekolah menengah lapor Utusan Malaysia memetik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Begitulah akhirnya. Setelah agak lama juga bermain dengan khabar angin.

Bilik j-QAF ini bukanlah sesuatu yang senang untuk diwujudkan sebagai bilik darjah kondusif.

Saya sedikit pun tidak terkejut. Sebenarnya sudah lama dengar cerita yang program j-QAF akan diperluaskan ke sekolah menengah. Justeru, setelah membaca kenyataan menteri timbullah pelbagai persoalan dan bermain dalam minda saya.


Ternyata, apa yang pasti program j-QAF semakin diberikan perhatian. Saya dengan sengaja menghantar sms kepada beberapa sahabat guru-guru j-QAF bertanyakan pandangan mereka jika sekiranya guru j-QAF kohot pertama 2005 akan ke sekolah menengah. Ternyata respons mereka sebagaimana dugaan saya. Kebanyakannya lebih suka terus di sekolah kebangsaan. Hanya seorang dua saja yang tergerak hati hendak ke smk pula.


Benarkah? Jika baru-baru ini Akmal Ahmad ada menulis di blognya tentang budaya selesa guru j-QAF, adakah isu seperti ini juga budaya selesa? Mungkin Akmal ada pandangannya sendiri. Tetapi saya berpandangan ini bukanlah budaya selesa. Ini adalah satu iltizam yang kuat.


Dulu, berapa orang saja yang hendak jadi guru j-QAF di sk? Lepasan Al-Azhar, Jordan, Syria, UIA, UM, UKM, KUIN dll masing-masing masuk ke sk dengan macam-macam persepsi. Ada yang berkata 'hilang ilmu mengajar di sk' ada yang kata 'otak tak berkembang' ada yang kata 'tak ada cabaran' dan macam-macam lah yang negatif belaka.


Hakikatnya tidak. Setelah memasuki medan sebenar barulah tahu.


Apa yang menjadi isu, jika guru j-QAF di sk ke smk adalah isu disiplin. Itulah yang haru biru. Isu Disiplin ini di sk pun sudah macam-macam. Di smk lagilah celaru. Apatah lagi, fungsi j-QAF adalah untuk memulihkan murid yang keciciran. Selalunya murid yang bermasalah disiplin di smk adalah daripada golongan murid yang keciciran dalam pelajaran. Justeru, fikir-fikirlah.


Barangkali sebenarnya kohot pertama tidak ditawarkan pun ke smk. Apatah lagi kalian memegang diploma pendidikan KPLI-SR. Ingatlah sendiri. KPLI-SR, bukan KPLI-SM. Justeru, teruskan perjuangan di sk sebagaimana istiqomahnya kita sebelum ini melaksanakan segala program j-QAF demi agama, nusa dan bangsa.
Banyak cerita-cerita j-QAF yang belum sempat saya tulis. InsyaAllah saya akan tulis nanti.








Sebarang KOMENTAR PERIBADI sila hantar ke emel. Sebarang perkataan, provokasi atau maklumat daripada user lain adalah di luar tanggungjawab penulis.

Akhi Mizi
myakhimizi@yahoo.com
http://akhimizi.blogspot.com/

4 comments:

Хаcмaди Хамдан said...

Assalamualaikum.
j-QAF ke sekolah menengah bermaksud program itu diteruskan ke sekolah menengah dengan guru khas yang lain, perjawatan baru. Manakala guru j-qaf yang sedia ada meneruskan program di sekolah kebangsaan seperti biasa. Walaupun demikian, program j-QAF menengah berbeza sedikit dgn j-QAF rendah di mana penumpuan lebih diberi kepada penghayatan dan amali. Sekian harap maklum.

ummunafiz said...

Lega bila dengar ulasan ustaz Hasmadi.Maksudnya..jQAF versi 2005 akan meneruskan perjuangan di sek ren la no!

tice said...

assalamualaikum...

Elok juga diberi 'borang option' kepada guru-guru j-QAF ambilan 2005 samada nak teruskan kat sk or nak tukar angin kat sm..Barulah semua ustaz dan ustazah akan seronok dan bahagia mengajar kumpulan pelajar pilihan mereka..

Begitu jugak bagi guru DPLI yang kena ajar sm boleh saja teruskan ambil j-QAF menengah

NURILMA DALILA said...

usaha-usaha yang baik akan sentiasa dirahmati Allah